Servis Pemeriksaan Dan Penghantaran Bateri Kereta Secara Percuma Ke Seluruh Selangor & Kuala Lumpur!

/, Hantar Periksa Pasang PERCUMA, Masalah Servis, Mudah, Tiada caj tersembunyi/Servis Pemeriksaan Dan Penghantaran Bateri Kereta Secara Percuma Ke Seluruh Selangor & Kuala Lumpur!

Servis Pemeriksaan Dan Penghantaran Bateri Kereta Secara Percuma Ke Seluruh Selangor & Kuala Lumpur!

Seperti hari-hari biasa, anda bangun awal pagi untuk ke tempat kerja.  Anda bergegas turun, ambil beg dan menuju ke kereta anda.  Setelah masuk ke dalam kereta, memperbetulkan tempat duduk, anda memulas kunci untuk menghidupkan enjin…

…dan enjin kereta anda tidak mahu hidup!

Pantas mata anda tertumpu ke bahagian dashboard untuk mencari sebarang indicator.  Satu hembusan nafas panjang disulami kekecewaan terlepas dari dalam diri – Ianya masalah bateri!

Apa yang anda akan buat jika ‘musibah’ ini benar-benar berlaku kepada anda?

Masalah bateri ‘kong’ boleh menjadi masalah yang sangat serius dan membuatkan kita sangat stress apabila ia berlaku pada waktu yang sangat kritikal.

Bayangkan kita ada menyuarat yang wajib dihadiri dalam masa beberapa jam terdekat, dan sebelum itu kita harus menghantar anak-anak ke sekolah dan bayi kecil kita dipusat asuhan.  Menaiki kenderaan awam bukan pilihan terbaik, manakala pasti sukar untuk meminta bantuan orang lain memandangkan waktu tersebut adalah waktu kritikal bagi semua orang.  Tidak kah ini ‘bencana yang sangat sempurna’ yang boleh merosakkan hari anda?

– Dan penyebab utama perkara ini adalah sekecil satu benda, BATERI.

 Apa yang boleh kita buat untuk menggantikan bateri kereta kita dalam masa terdekat dan seterusnya menyelamatkan hari kita?

Selalunya apabila situasi ini berlaku, dalam benak fikiran kita adalah untuk menukar bateri kereta secepat yang mungkin.  Walaubagaimana pun, terdapat beberapa masalah yang perlu kita pertimbangkan.

Bagaimana anda hendak menuju ke kedai kereta terdekat dalam situasi yang genting?  Dan dimana terdapat kedai bateri kereta yang sudah dibuka pada waktu-waktu yang kritikal seperti awal pagi atau ditengah malam?

Apakah anda arif dengan masalah kereta, sehingga anda pasti ianya disebabkan oleh masalah bateri?  Malah, jika anda memanggil mekanik untuk memeriksa kereta anda ke tempat anda, pasti anda dikenakan cas tambahan bukan?

Lebih teruk lagi jika yang datang itu adalah mekanik scam yang datang entah dari mana yang sentiasa mencari peluang untuk ‘menyembelih’ anda.  Pegang itu pegang ini, tiba sudah kena bayar walaupun masalah belum selesai.  Sedih bukan? Ibarat jatuh ditimpa tangga.

Kes-kes sebegini selalu terjadi dan kita boleh membaca luahan-luahan mangsa yang tertipu saban hari dilaman facebook.

Pernahkah anda dengar mengenai Bateriku.com?

Masalah Bateri Kereta? Hubungi Bateriku.com

Tarik nafas dan anda sudah boleh bertenang, kerana sekarang ini dengan satu panggilan sahaja Bateriku.com akan datang kepada anda menjalankan servis pemeriksaan bateri kereta secara PERCUMA!  Saya pasti servis sebegini sangat diperlukan oleh sesiapa sahaja, terutamanya bagi anda yang kurang arif mengenai bateri dan masalah kereta.

Jangan jadi mangsa penipuan yang seterusnya kerana masa anda, duit anda dan keselamatan diri anda sendiri adalah sangat bernilai.

Disinilah Bateriku.com akan memberi nilai yang hebat kepada anda kerana:

  • Dengan hanya panggilan telefon atau WhatsApp, mereka yang akan datang ke tempat atau lokasi anda dengan segera
  • Servis pemeriksaan bateri yang diberikan adalah percuma. Jika bateri tidak rosak, jangan tukar. Oleh itu anda mampu menyelamatkan wang anda daripada dibazirkan kepada perkara yang tidak perlu!
  • Jika perlu penukaran, hanya bayar harga bateri SAHAJA! Servis selain itu adalah PERCUMA!
  • Menyediakan pelbagai jenis (basah atau kering) dan hampir semua jenama bateri yang berkualiti tinggi agar bersesuaian dengan spesifikasi kereta anda.
  • Harga bateri dijamin termurah dipasaran.
  • Anda hanya perlu relax dan tunggu sahaja Krew BateriKu.com datang dan menjalankan servis mereka.

Sungguh mudah dan sangat menguntungkan bukan?

Jadi usah risau dan cemas bila anda menghadapi masalah bateri kereta dimana-mana dan bila-bila masa sahaja.  Apa yang lebih penting, servis yang ditawarkan adalah terbaik!

Jika anda ragu-ragu dengan syarikat ini, anda boleh terus melayari laman web rasmi Bateriku.com untuk maklumat lanjut mengenai servis dan jaminan yang disediakan.

Anda juga boleh membaca testimoni-testimoni mereka yang pernah menggunakan perkhidmatan Bateriku.com.

Bagaimana Saya Boleh Menghubungi BateriKu.Com?

Jika anda menghadapi masalah bateri kereta, hubungi 1-800-22-2324 atau whatsapp kan sahaja ke nombor  012-2458027.

InsyaaAllah, dengan hanya dengan satu panggilan telefon, kakitangan Bateriku.com akan datang memeriksa bateri ‘kong’ anda itu dengan segera ke lokasi anda secara percuma!

Oleh itu, sila simpan no contact diatas agar anda boleh menghubungi mereka apabila menghadapi masalah diwaktu yang tak terduga!

Bateriku.com juga boleh dihubungi melalui emel [customersupport@bateriku.com] dan laman Facebook rasmi mereka disini

Petikan dari: Aku Islam Blog

2018-05-07T19:11:37+00:0029th September 2015|Categories: At location, Hantar Periksa Pasang PERCUMA, Masalah Servis, Mudah, Tiada caj tersembunyi|Comments Off on Servis Pemeriksaan Dan Penghantaran Bateri Kereta Secara Percuma Ke Seluruh Selangor & Kuala Lumpur!

BATERIKU.COM | HANTAR . PERIKSA . PASANG > PERCUMA

Masalah Bateri Kereta? BATERIKU.COM Hantar | Periksa | Pasang PERCUMA. #DapatkanKepastian Hubungi 1-300-22-2324 atau Whatsapp: 012-938 8621, 011-5675 6728 dan 011-5675 6729 atau muat turun App di Google Play dan Appstore sekarang!

BATERIKU.COM | FREE > DELIVER . CHECK . INSTALL

Car Battery Problem? BATERIKU.COM FREE Deliver | Check | Install.  #GetSecondOpinion #BateriKong Call 1-300-22-2324 or Whatsapp 012-938 8621, 011-5675 6728 and 011-5675 6729 or download App at Google Play and AppStore now!