BateriKu.com Review – Periksa Bateri Kereta Percuma!

/, #getSecondOpinion, #JanganTukarDahulu/BateriKu.com Review – Periksa Bateri Kereta Percuma!

BateriKu.com Review – Periksa Bateri Kereta Percuma!

BATERI KERETA KONG?  PANGGIL BATERIKU.COM UNTUK PERIKSA SECARA PERCUMA

Pernah tak anda alami pengalaman seperti ini ?  Niat cuma nak hantar servis biasa ajer di bengkel kereta.  Tup – tup pomen bengkel cakap “Bos, bateri kereta nak kong ni , kena tukar bateri sekali” Adoyai…

Persoalannya ialah… betul ke bateri kereta tu nak kong, macam mana nak tau kondisi sebenar bateri tu.  Memanglah pomen boleh tunjuk result battery tester tapi masalahnya pomen pun boleh manipulasi parameter battery tester, sebagai contohnya kalau kita pakai bateri NS40, pomen boleh ubah setting di battery tester kepada NS60. Akibatnya, memanglah result keluar bateri nak kong sebab dia dah naikkan setting battery tester daripada NS40 kepada NS60.  Walaupun ramai pomen yang bertanggungjawab di luar sana, tapi ada juga yang buat kerja macam ini untuk dapat sales lebih.

Jadi, macam mana nak buat ni?  Senang jer, dapatkan pendapat kedua atau second opinion sebelum buat keputusan untuk tukar bateri kereta anda?  Samalah macam anda pergi jumpa doktor & katakanlah dia beritahu anda untuk buat sesuatu pembedahan.  Apa yang anda akan lakukan?  Terus buat pembedahan atau jumpa beberapa doktor lain lagi untuk dapatkan second opinion.

Kita cerita balik pasal bab bateri kereta tadi, anda boleh gunakan Bateriku.com untuk mendapatkan pendapat kedua atau second opinion sebab servis mereka memang terbaik.  Dah beribu rakyat Malaysia menggunakan servis Bateriku.com dan dah berapa ramai yang jimat duit sebab tak perlu tukar bateri.

Cuba bayangkan, kalau anda terus tukar bateri di bengkel tadi, kan dah terbang beratus ringgit walhal bateri anda masih lagi boleh digunakan untuk suatu jangka waktu.  Fuhh… dalam keadaan ekonomi yang tak menentu ini, GST, tol naik , semua harga barang naik, perkhidmatan Bateriku.com memanglah amat diperlukan oleh semua pengguna kereta di Malaysia.

Yang bestnye, Bateriku.com tidak mengenakan sebarang bayaran untuk datang ke tempat anda dan buat pemeriksaan ini.  Semuanya percuma, crew Bateriku.com datang, periksa dan bagi nasihat percuma.  Sejak bulan April tahun lepas sehingga kini, Bateriku.com hanya beroperasi di Selangor dan Kuala Lumpur tetapi mereka merancang untuk mengembangkan pasaran ke luar Lembah Klang pada tahun depan.

Anda boleh hubungi Bateriku.com di talian bebas mereka di 1-800-22-2324 atau Whatsapp di 012-245 8027.  Anda boleh juga buat booking melalui laman sesawang mereka Bateriku.com dimana anda cuma perlu tinggalkan butiran diri, kereta dan tarikh /masa/lokasi di mana anda mahu crew Bateriku.com datang.

Petikan dari: ohduit Blog

2018-05-24T03:37:42+00:001st November 2015|Categories: #DapatkanKepastian, #getSecondOpinion, #JanganTukarDahulu|0 Comments

BATERIKU.COM | HANTAR . PERIKSA . PASANG > PERCUMA

Masalah Bateri Kereta? BATERIKU.COM Hantar | Periksa | Pasang PERCUMA. #DapatkanKepastian Hubungi 1-300-22-2324 atau Whatsapp: 012-938 8621, 011-5675 6728 dan 011-5675 6729 atau muat turun App di Google Play dan Appstore sekarang!

BATERIKU.COM | FREE > DELIVER . CHECK . INSTALL

Car Battery Problem? BATERIKU.COM FREE Deliver | Check | Install.  #GetSecondOpinion #BateriKong Call 1-300-22-2324 or Whatsapp 012-938 8621, 011-5675 6728 and 011-5675 6729 or download App at Google Play and AppStore now!