Bateri kereta kong di Seremban, jangan risau bateriku.com ada!

/, At location, Bateri kong, Bateriku.com, Hantar Periksa Pasang PERCUMA, Harga murah, Masalah bateri, Mudah/Bateri kereta kong di Seremban, jangan risau bateriku.com ada!

Bateri kereta kong di Seremban, jangan risau bateriku.com ada!

Assalamualaikum semua!  Jom cerita pasal bateri kereta kong hari ni!  Bukan apa, korang pernah terfikir tak… kalau tiba-tiba bateri kereta tak berfungsi kat tepi jalan, korang akan buat apa pada situasi terdesak macam tu?  Pagi-pagi keluar dari rumah dengan niat suci nak drive pergi ke tempat kerja, tiba-tiba pulak bateri kereta spoil buat hal.. apa tindakan korang?  Call suami minta tolong?  Call kawan rapat untuk minta bantuan?  Menunggu di situ kot kot ada kereta lalu boleh minta tolong tengok-tengokkan?  Kalau mereka semua sibuk, atau jika mereka tak angkat phone walaupun dah call mereka sampai hangus telefon kita?  Situasi akan menjadi lebih teruk jika benda ni berlaku di tempat-tempat sunyi atau gelap, yang boleh membawa bahaya dan pada masa yang sama tiada kenalan rapat yang boleh datang bantu…haaa acamno?  Haishh scary pula bila fikir kan.
Untuk pengetahuan semua, saya tinggal di Seremban, Negeri Sembilan.  Saya pun terfikir gak ni, macam mana laa kalau tetibeee je bateri kereta kong di tepi jalan, apa laaa yang harus saya buat.  Paling-paling teringat pun masa tu, saya akan call abi (ayah saya) untuk ambil saya di situ.  Kalau abi ada kerja time tu?  Call kawan saya la kot kan. Siapa lagi. Suami belum ada lagi haha. Tapi kalau la saya call kawan saya sekali pun untuk datang membantu.. Mereka tahu ke macam mana nak betulkan?  Mereka pandai ke nak check apa yang rosak, bateri kong ke tidak. Mereka kenal ke nama-nama bahagian enjin kereta tu? Pasti sedikit dari mereka yang tahu semua hal-hal kereta ni kan.

Kelebihan Menggunakan Khidmat bateriku.com Jika Bateri Kereta Kong

Takpe takpe!  Jangan risau! Bateriku.com ada penyelesaiannya! Bateriku.com sedia membantu!  Okay la sebelum cerita kelebihan dan kebaikan memilih bateriku.com jika bateri kereta kita kong, mesti nak tahu jugak apa benda laaaa bateriku.com ni kan.  Saya pun baru je tahu tentang bateriku.com ni. Saya dapat tahu di Facebook haritu. Ada blogger www.irrayyan.com post di Facebook.  Beliau walk in terus cawangan bateriku.com di Shah Alam untuk memeriksa kereta #baterikong ke tak.

Secara asasnya, BATERIKU.COM ni menyediakan nilai yang besar daripada perkhidmatan penghantaran kereta dan pemasangan dengan hanya melalui telefon atau Whatsapp.  Ini jenis perkhidmatan yang diperlukan oleh sesiapa sahaja, terutamanya mereka yang kurang berpengetahuan mengenai bateri kereta dan masalahnya.  Haaa menarik kan?  Jika nak tahu lebih detail lagi tentang bateriku ni, boleh klik di SINI .

Sekarang ni, jom baca kenapa perlu pilih bateriku.com?

  1.  Penghantaran percuma, pemeriksaan dan juga pemasangan
    – Pihak Bateriku tidak segera menukar bateri anda, sebaliknya melakukan pemeriksaan menyeluruh untuk mengenal pasti masalah.
    – Jika didapati bateri kereta masih dalam keadaan elok selepas dah periksa, tiada sebarang caj dikenakan. Free Of Charge (FOC) dan tidak perlu susah susah hati nak beli bateri baru!
  2. Bayar hanya harga bateri baru dipasang
    – Jika didapati bateri kereta anda sudah kong, anda perlu membeli bateri yang baru. Tidak perlu bimbang, anda hanya perlu membayar harga bateri baru itu sahaja. Pemeriksaan dan pemasangan tiada caj dikenakan.
    – Bateriku.com menawarkan bateri yang berkualiti (bateri yang terbaik yang sesuai dengan iklim Malaysia-panas dan lembap) pada harga yang berpatutan.
    – Harga bateri lebih murah di bateriku.com jika hendak dibandingkan dengan bateri yang sama jenis dengannya di kedai lain
    – Bateri dijamin pada harga terendah di pasaran, jauh lebih murah di bengkel-bengkel mahupun di kedai lapang bahagian, ditambah dengan 12 bulan jaminan asas.
    – menyediakan bateri terapung ketika memeriksa bateri lama anda.
  3. Menjimatkan masa dan wang
    – Penghantaran ke lokasi kejadian, di pejabat atau ke rumah dan lain-lain secara PERCUMA! Tidak perlu susah-susah pergi ke kedai bateriku.com. Just relaks dan tunggu pihak bateriku.com datang ke lokasi anda.
    – Kawasan liputan besar bateriku.com – Lembah Klang&Shah Alam. kawasan di negeri lain seperti Seremban, Melaka juga ada!
    – Jika tidak mahu membazir duit untuk telefon pihak bateriku.com, boleh message menggunakan whatsapp sahaja. Jangan risau, bateriku.com akan reply whatsapp anda dalam masa yang sekejap saja!
  4. Mesra pelanggan & servis terbaik
    – Apabila anda diberitahu untuk mendapatkan bantuan, anda akan disediakan nama dan nombor hubungan Trooper(anak kapal) bateriku.com.
    – Tujuan nama dan nombor hubungan itu dibekalkan kepada anda adalah supaya apabila mereka sudah sampai ke lokasi anda, anda boleh mengenalpasti anak-anak kapal mereka sebelum dibenarkan untuk meneruskan bantuan.
    – Staff dan troopers bateriku.com sangat segak dengan memakai baju bateriku.com.
    – Pekerja bateriku.com tidak lupa untuk memakai sarung tangan dan pelapik semasa membuat kerja pemeriksaan dan pemasangan.
  5. Pembayaran boleh dibuat melalui debit dan credit card
    – Pelanggan bateriku.com tak perlu risau lagi jika tak cukup wang tunai, bateriku.com menerima bayaran melalui kad debit, kad kredit!

Haaa ada lagi info tambahan!  Bateriku.com kini beroperasi bukan sahaja di Selangor,  malahan di Kuala Lumpur, Putrajaya, Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang.  Eh takkan 7 tempat tu je? JANGAN RISAU~ Bateriku.com akan sampai ke seluruh Malaysia pada penghujung tahun ini. Waktu beroperasi pula adalah jam 7 pagi sehingga 12 tengah malam.

Maklumat lanjut atau berminat mahu menggunakan khidmat bateriku.com, boleh lihat maklumat di bawah.

Alamat : 31, Jalan Utarid U5/11 Mah Sing Industrial Park, 40150 Shah Alam
Telefon : 1-800-22-2324
Whatsapp : 012-245 8027
Fax : 03-78430106
Email : info@bateriku.com
Website URL : www.bateriku.com
Petikan dari: Sayidahnapisahdotcom Blog

BATERIKU.COM | HANTAR . PERIKSA . PASANG > PERCUMA

Masalah Bateri Kereta? BATERIKU.COM Hantar | Periksa | Pasang PERCUMA. #DapatkanKepastian Hubungi 1-300-22-2324 atau Whatsapp: 012-938 8621, 011-5675 6728 dan 011-5675 6729 atau muat turun App di Google Play dan Appstore sekarang!

BATERIKU.COM | FREE > DELIVER . CHECK . INSTALL

Car Battery Problem? BATERIKU.COM FREE Deliver | Check | Install.  #GetSecondOpinion #BateriKong Call 1-300-22-2324 or Whatsapp 012-938 8621, 011-5675 6728 and 011-5675 6729 or download App at Google Play and AppStore now!