Bateri Kong Cari Bateriku.com

Bateri Kong Cari Bateriku.com

Aku sengaja suka mengusik sorang sahabat aku suatu masa dulu.. “kereta baru pun boleh tersadai..?? haha”.  Kereta dia mengalalami masalah bateri kong.  Bateri kong itu maksudnya keadaan sebuah bateri yang lemah kuasanya untuk menghidupkan enjin kenderaan semasa starting.  Bukan semua orang tahu pasal ini. Ikut-ikut sebut bateri kong tapi apa maksud di sebalik perkataan ‘kong’ ?.

Sahabat aku tu memang seorang yang sangat suka make-up kereta kesayangannya tapi mungkin disebabkan kurangnya pengetahuan berkenaan mentainance kereta, keretanya tersadai di tepi jalan raya.  Kesian, berpeluh juga menunggu mekanik datang untuk selesaikan masalah yang berpunca dari bateri kong.  Aku nasihatkan dia supaya ambil tahu serba sedikit berkenaan enjin kereta selain kepekaannya hanya kepada mencantikkan kereta bahagian dalam dan luaran sahaja .

Kereta tersadai di tepi jalan raya adalah biasanya berpunca dari masalah bateri kong.  Pada pendapat akulah kan, kes sebegini memang ramai sudah hadapi, terutamanya kaum wanita yang tak pandai nak buat apa.  Ada juga kaum Lelaki yang hanya pandai memandu ke sana-sini tapi bila bab enjin dan lain-lain tak peduli sangat.  Banyak kes tapi yang peliknya lagi kereta tersebut masih kelihatan baharu.

Bateri kong ; suatu yang tak boleh diduga berlaku dimana-mana saja. Sering terjadi semasa waktu pagi sebelum hendak memulakan perjalanan. Ada juga berlaku semasa di kawasan parkir kenderaan.. Bila hendak start enjin kereta tetiba tak boleh hidup lalu terus kedengaran bunyi alarm ! Ini pasti bateri kereta anda sudah kong .

Apa nak buat bila Bateri Kong?

Tak perlu jadi mekanik untuk anda jaga kereta anda.  Sekurangnya anda ambil tahu, kalau tak tahu membaiki kerosakan setidaknya anda tahu mana nak dapatkan bantuan segera jika berlaku masalah.  Bila bateri kong, tiada gunanya anda menambah air bateri (jika jenis sel basah). Langakah terbaik,  Anda cuba nasib dengan mendapatkan rakan atau orang lain yang berada di sekitar untuk bantu ‘menyorong’ kereta anda (untung2 kalau boleh start, enjin boleh dihidupkan semula apabila gear masuk).  Ada satu pilihan lagi, anda boleh hubungi rakan untuk dapatkan bateri ynag baharu untuk digantikan, tetapi adakah rakan anda itu tahu jenis bateri dan saiz untuk kereta anda dan juga cara penukarannya?  Memang agak kelam kabut suasana jadinya lagi-lagi bila Anda dalam keadaan tertekan untuk meneruskan perjalanan.

Pernahkah Anda tahu berkenaan Bateriku.com?

Mulanya aku cuma pandang sepintas lalu kepada kain rentang besar ; banner iklan Bateri.com.  Memang sepintas lalu tak boleh nak ingat apa yang aku nampak.  Tapi bila dah selalu melalui jalan yang sama hampir setiap hari.  Aku cuba snap gambar iklan tersebut untuk simpan info dan nombor telefon.  Pada aku, ini sangat bermanfaat dikala kecemasan menghadapi masalah bateri kong dan mungkin berguna untuk menolong mangsa bateri kong di tepi jalan raya. Siapa tahu?

Bateri Kereta Kong Cari Bateriku.com

Cubaan menghubungi tol free 1800-22-2324  untuk dapatkan info dan cover area ; [Banting] [Putrajaya] [Cyberjaya]. Aku terus dail nombor tersebut pada jam 12 pm dari lokasi di Banting. Dengan pantas ada seorang operator perempuan menjawab.  Aku cuma bertanyakan berkenaan kawasan Banting adakah termasuk dalam cover area? jawabnya “Ya, Banting kami ada cover dan ada lagi beberapa lokasi sekitar Kuala Langat. Encik boleh berikan details lokasi dan info …bla bla..”

 

Survey Harga Bateri kereta

Buat survey untuk mendapatkan keyakinan dan sebagai pengguna, aku rasa patut kena tahu serba sedikit tentang harga bateri.  Servis Bateriku.com adalah percuma; untuk mereka datang ke lokasi dan pasang semuanya adalah percuma, cuma bayar harga bateri yang ditukar sahaja.  Ini sudah dikira bagus dan kita tengok pulak survey perbandingan harga bateri di pasaran.

Lokasi : Banting (Kedai workshop/ servis kenderaan)
Tarikh : 26/4/2016
Jenis Bateri : NS60R/L
Jenama:
Bosh : RM298.00
GP : RM180.00
Fuji Matic : RM168.00
Haten : RM148.00

Cubaan melalui whatsapp 012-2458027,
Aku terus text whatsapp dan Bateriku.com reply dengan pantasnya.  Bateriku.com, mencadangkan bateri mengikut kesesuaian kenderaan.  Sebagai pengguna, kita boleh bertanya untuk dapatkan model dan jenama bateri seperti yang kita mahukan (jika kita tahu model/ brand).

Tetapi tidak semestinya jenama yang kita mahukan ada dalam simpanan, ianya bergantung kepada simpanan stok semasa Bateriku.com.

Kenapa aku pilih Bateriku.com?

  1. Harga lebih murah jika dibandingkan dengan pusat servis lain
  2. BATERIKU.COM sudah establish & trusted company
  3. PERCUMA hantar – periksa – pasang
  4. TIDAK PERLU beli bateri & tiada caj sekiranya bateri kereta masih elok
  5. Pembayaran boleh dibuat melalui debit & kredit card

Kesimpulannya, untuk kebaikan anda di masa akan datang, ada baiknya anda simpan info berkenaan bateriku.com ini. Untuk maklumat lanjut, anda juga boleh semak dengan mereka lokasi-lokasi ‘cover area’ bateriku.com. terkini.

Web: www.bateriku.com
Toll-Free: 1800-22-2324
Whatsapp: 012-245 8027

[Bateriku.com kini beroperasi di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang.  Bateriku.com akan sampai ke seluruh Malaysia pada penghujung tahun ini.  Waktu beroperasi adalah jam 7 pagi sehingga 1:00 pagi]

Petikan dari: Nazleedotcom Blog

BATERIKU.COM | HANTAR . PERIKSA . PASANG > PERCUMA

Masalah Bateri Kereta? BATERIKU.COM Hantar | Periksa | Pasang PERCUMA. #DapatkanKepastian Hubungi 1-300-22-2324 atau Whatsapp: 012-938 8621, 011-5675 6728 dan 011-5675 6729 atau muat turun App di Google Play dan Appstore sekarang!

BATERIKU.COM | FREE > DELIVER . CHECK . INSTALL

Car Battery Problem? BATERIKU.COM FREE Deliver | Check | Install.  #GetSecondOpinion #BateriKong Call 1-300-22-2324 or Whatsapp 012-938 8621, 011-5675 6728 and 011-5675 6729 or download App at Google Play and AppStore now!