Bagaimana Idea ‘Start-up’ Bateri Kenderaan Usahawan Ini Berjaya Ganggu Servis Sedia Ada

//Bagaimana Idea ‘Start-up’ Bateri Kenderaan Usahawan Ini Berjaya Ganggu Servis Sedia Ada

Bagaimana Idea ‘Start-up’ Bateri Kenderaan Usahawan Ini Berjaya Ganggu Servis Sedia Ada

Kereta mati di tengah jalan, apatah lagi jika di waktu hari sudah mula gelap boleh jadi satu mimpi ngeri terutama bagi wanita. Lebih menakutkan jika di waktu itu kita memandu seorang diri. Total nighmare!

Bagi saya sendiri, ilmu tentang kereta bukanlah satu ilmu yang mampu saya kuasai dengan baik.

Setakat isi minyak, periksa tangki air dan ketuk-ketuk manja bateri jika kereta meragam, itu saja yang saya tahu. Lain-lain tentang kereta? Mampu sengih saja ‘cover line’.

Namun sejak membaca review tentang Bateriku.com, nampaknya selepas ni saya tak perlu risau sangat tentang hal bateri kereta.  Asal bateri kong saja saya boleh terus call mereka dan minta datang ke lokasi di mana saya berada untuk periksa bateri.

Paling menarik tiada caj dikenakan bagi pemeriksaan bateri yang dilakukan.  Dalam erti kata lain, kita panggil mereka datang ke tempat kita untuk periksa bateri secara percuma dan hanya bayar untuk harga bateri saja jika ia perlu ditukar.

Aaaahhh, mesti harga bateri dia mahal!  Inilah soalan yang bermain di kepala saya selepas itu.

Tapi nampaknya sangkaan saya meleset.  Slogan Bateriku.com saja sudah cukup untuk menjawab persoalan saya.

PERCUMA Hantar-Periksa-Pasang.  TAK PERLU Beli Bateri Kami & TIADA CAJ Sekiranya Bateri Kereta Anda Masih Elok. Call 1-800-22-2324 (1-300-22-2324).

Dan baru-baru ini saya berpeluang menemubual serta mendapatkan beberapa info secara terus dengan pengasasnya iaitu Encik Azarol Faizi tentang Bateriku.com ini.

Bagaimana Bateriku.com bermula

Menurut En. Azarol, idea awal penubuhan Bateriku.com tercetus sejak tahun 2010 lagi.  Namun disebabkan kekangan masa dan fokus utama syarikat beliau pada ketika itu lebih kepada pelanggan OEM menyebabkan idea ini terkubur begitu sahaja.

Sehinggalah pada awal bulan Mac 2014, idea pelancaran Bateriku.com dihidupkan semula seiring dengan minat yang timbul terhadap kejayaan ‘disruptive business model’ yang dipelopori oleh syarikat luar negara seperti Uber, Airbnb dan syarikat tempatan Grabcar (MyTaxi), Food Panda, dsb.

Daripada pemerhatian Tuan Azarol juga, industri pembekalan bateri kenderaan tidak banyak berubah sejak berpuluh tahun di Malaysia.

Pada kebiasaannya, bateri ditukar apabila pelanggan menghantar kenderaan ke bengkel untuk melakukan servis biasa ataupun ketika pengguna kenderaan mengalami kes ‘bateri kong’ dan terpaksa meminta bantuan rakan atau syarikat ‘car breakdown services’.

Di dalam 2 keadaan ini, pengguna kenderaan di negara ini tidak mempunyai banyak pilihan kerana tiada perkhidmatan khusus seperti berikut :

  1. Memberi pendapat kedua atau ‘second opinion’ sebelum pengguna membuat keputusan untuk menukar bateri kereta.
  2. Tiada servis datang ke lokasi pengguna untuk melakukan pemeriksaan secara percuma ke atas bateri, alternator dan sistem elektrik kenderaan. Disebabkan isu seperti ini, ada yang perlu menapak dan berjalan kaki beberapa KM semata-mata untuk ke bengkel kereta yang terdekat.
  3. Pengguna tidak dikenakan sebarang caj perkhidmatan sekiranya selepas pemeriksaan dilakukan, bateri masih lagi boleh digunakan.
  4. Menyediakan beberapa pilihan jenama bateri sama ada jenis kering (Maintenance Free) atau jenis basah (Conventional).
  5. Menyediakan pilihan bateri premium mampu milik yang memberi jaminan waranti sehingga 30 bulan.

Justeru tanpa ragu Tuan Azarol kembali berusaha merealisasikan idea beliau ini sehingga akhirnya Bateri.com berjaya menyediakan servis seperti mana yang anda lihat kini.

Halangan dan cabaran

Bagi En.  Azarol, cabaran utama dalam menguruskan Bateriku.com adalah untuk mendapatkan tenaga kerja yang komited terutamanya ‘Runner’.

“Sebagai penyedia dan pengedar bateri kenderaa, ‘Runner’ perlu menjalani latihan intensif dari segi teknikal dan juga ‘soft skill’ kerana setiap runner merupakan ‘Rockstar Bateriku.com’, mereka berkomunikasi secara terus dengan pelanggan.

Selain daripada itu, setiap apa yang dilakukan oleh ‘Runner’ akan memberi impak samada positif atau negatif kepada imej dan reputasi perkhidmatan Bateriku.com.

Tambahan pula, Bateriku.com juga perlu memastikan prestasi ejen dan ‘Freelance Runner’ menepati SOP dan piawaian yang ditetapkan oleh Bateriku.com” – Azarol.

Halangan lain yang turut perlu dihadapi oleh pengasas Bateriku.com ini adalah cabaran getir untuk mengembangkan atau ‘scale up’ Bateriku.com.

Untuk ini beliau berusaha menggunapakai model perniagaan ‘sharing economy’ bagi membantu menjana pendapatan rakyat seperti mana yang telah berjaya dilakukan oleh syarikat seperti Uber, Grabcar dan sebagainya.

Rancangan mengembangkan syarikat

Selepas beroperasi lebih 2 tahun, Bateriku.com kini telah memiliki hampir 40 orang kakitangan, yang mana majoritinya terdiri daripada ‘Runner’ untuk penghantaran bateri dan ‘Helpdesk’ untuk menerima dan memproses pesanan pelanggan.

Bateriku.com kini sudahpun beroperasi di 7 negeri di iaitu di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Perlis.

Perancangan sedang dibuat untuk membuka cawangan Bateriku.com di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak agar servis mereka dapat dinikmati oleh seluruh rakyat Malaysia.

Selain daripada itu, Bateriku.com juga akan melantik ejen kawasan dan juga bekerjasama dengan ‘freelance runner’ untuk meluaskan liputan perkhidmatan mereka.

Dari sudut pemasaran pula sebagai sebuah start up, melalui Bateriku.com Tuan Azarol berpeluang menyediakan ruang dan kebebasan  bukan hanya kepada diri beliau sendiri tetapi juga kakitangan syarikat terutama ‘Runner” dan ‘Ejen Freelance’ untuk menggarap idea kreatif pemasaran dan jualan yang lebih ‘adventurous’.

Ini kerana sasaran jualan (target market) Bateriku.com adalah pengguna-pengguna kenderaan (end user) dan bukannya syarikat-syarikat besar.

Petikan dari: thevocket.com

2018-05-11T16:35:49+00:005th September 2016|Categories: Idea Start-up|Comments Off on Bagaimana Idea ‘Start-up’ Bateri Kenderaan Usahawan Ini Berjaya Ganggu Servis Sedia Ada

BATERIKU.COM | HANTAR . PERIKSA . PASANG > PERCUMA

Masalah Bateri Kereta? BATERIKU.COM Hantar | Periksa | Pasang PERCUMA. #DapatkanKepastian Hubungi 1-300-22-2324 atau Whatsapp: 012-938 8621, 011-5675 6728 dan 011-5675 6729 atau muat turun App di Google Play dan Appstore sekarang!

BATERIKU.COM | FREE > DELIVER . CHECK . INSTALL

Car Battery Problem? BATERIKU.COM FREE Deliver | Check | Install.  #GetSecondOpinion #BateriKong Call 1-300-22-2324 or Whatsapp 012-938 8621, 011-5675 6728 and 011-5675 6729 or download App at Google Play and AppStore now!