Siapakah pengasas Bateriku.com? – The VocketTalk

/, Pengasas Bateriku.com, The VocketTalk/Siapakah pengasas Bateriku.com? – The VocketTalk

Siapakah pengasas Bateriku.com? – The VocketTalk

Sedikit biodata tentang pengasas Bateriku.com ini, beliau merupakan anak kedua daripada 5 adik beradik, memulakan zaman persekolahan di Sekolah Kebangsaan Seri Kaya, Bota Kiri, Perak.

Meneruskan pembelajaran di sekolah berasrama penuh, Sekolah Raja Tun Azlan Shah (SERATAS), Taiping, Perak. Seterusnya, menyambung pengajian di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan memperolehi Ijazah Sarjana Muda, Kejuruteraan Mekanikal (Aeronautical) pada tahun 1995

Beliau bekerja makan gaji di beberapa syarikat sehinggalah akhirnya mengambil keputusan berhenti kerja daripada syarikat multinasional Hyundai Corporation sewaktu menyandang jawatan Business Development Manager (Heavy Industry) pada tahun 2005.

Beliau nekad berhenti kerja apabila merasakan tiada lagi kepuasan daripada makan gaji dan rasa ralat kerana tidak dapat menggunakan seluruh potensi diri yang ada.

Pada usia 32 tahun, En. Azarol menubuhkan syarikat pertama dan mula berkecimpung dalam bidang pembekalan bateri kenderaan setelah membuat penyelidikan dan kajian berkenaan industri ini.

Syarikat telah menjalinkan kerjasama strategik dengan sebuah pengilang bateri luar negara bagi mendapatkan sokongan teknikal serta meraih kepercayaan para pelanggan.

Seterusnya, sebuah kilang pemasangan dan pengecasan (charging) bateri di Nilai telah dilancarkan pada tahun 2009.

Dengan izin Allah SWT dan usaha berterusan, syarikat telah berjaya membekalkan bateri kenderaan kepada syarikat otomotif dalam negara seperti PROTON OEM , PROTON Parts Centre, PERODUA Sales , Mitsubishi Motors OEM.

Terkini, fokus beliau adalah melebarkan sayap Bateriku.com yang bernaung di bawah syarikat Green Initiative Sdn Bhd agar dapat memberikan servis dan perkhidmatan terbaik buat para pelanggan mereka di seluruh negara.

Jika dilihat kepada keadaan ekonomi negara di masa kini yang semakin merosot, serta harga bateri kenderaan yang semakin mahal, kemunculan Bateriku.com adalah di masa yang tepat.

Selain daripada menawarkan peluang pekerjaan, Bateriku.com juga merupakan satu perniagaan yang menyediakan perkhidmatan alternatif yang bukan sahaja dapat menjimatkan wang bagi pengguna kenderaan bermotor, malahan ia juga amat memudahkan kerana ‘Runner’ Bateriku.com akan terus datang ke lokasi pelanggan mereka untuk membuat pemeriksaan secara percuma.

Bateriku.com di VocketTalk 2016

Anda berpeluang untuk mendengar secara terus perkongsian menarik En. Azarol tentang bagaimana beliau mengendalikan Bateriku.com daripada hanya sebuah start up sehingga berjaya menggugat industri jualan bateri kenderaan sedia ada di negara ini di VocketTalk 2016 yang bakal berlangsung pada 12 November 2016.

Selain daripada En. Azarol, VocketTalk akan turut membawa perkongsian penuh inspirasi daripada:

1. Adlin Yusman, CEO Bemalas.
2. Syed Ahmad Fuqaha, CEO Katsana.com
3. Fadzilah Mamat, CEO Empayar Benang Hijau
4. Nurul Wahida Othman, Pengasas bersama The Vocket

Di VocketTalk 2016 juga anda berpeluang untuk bertemu dan membina jaringan/ networking sesama peserta, penganjur, speaker dan semua entrepreneur start-up yang hadir.

Petikan dari: thevocket.com

2018-05-11T16:32:27+00:005th September 2016|Categories: Bateriku.com, Pengasas Bateriku.com, The VocketTalk|Comments Off on Siapakah pengasas Bateriku.com? – The VocketTalk

BATERIKU.COM | HANTAR . PERIKSA . PASANG > PERCUMA

Masalah Bateri Kereta? BATERIKU.COM Hantar | Periksa | Pasang PERCUMA. #DapatkanKepastian Hubungi 1-300-22-2324 atau Whatsapp: 012-938 8621, 011-5675 6728 dan 011-5675 6729 atau muat turun App di Google Play dan Appstore sekarang!

BATERIKU.COM | FREE > DELIVER . CHECK . INSTALL

Car Battery Problem? BATERIKU.COM FREE Deliver | Check | Install.  #GetSecondOpinion #BateriKong Call 1-300-22-2324 or Whatsapp 012-938 8621, 011-5675 6728 and 011-5675 6729 or download App at Google Play and AppStore now!