Review Gunakan Servis Bateriku.com: Tukar Bateri Kereta Dengan Mudah

/, At location, Bateriku.com, Preferred time, Soalan lazim/Review Gunakan Servis Bateriku.com: Tukar Bateri Kereta Dengan Mudah

Review Gunakan Servis Bateriku.com: Tukar Bateri Kereta Dengan Mudah

Assalamualaikum semua

Pernah tak bateri kereta korang lemah atau kong terus??? Mesti panik kan. Nanie tak suka sangat bila situasi macam tu. Mesti nervous sendiri. Lagi-lagi kalau bateri kong waktu malam. Dengan bengkel dah tutup, mekanik mesti charge lebih. Kopak woi! Kawasan gelap dan tak selamat. Semua serba serbi menakutkan.

So, baru-baru ni di FB, Nanie ada share mengenai Bateriku.com. Nanie memang HIGHLY RECOMMEND servis Bateriku.com ni. Nanie impress dengan idea perniagaan sebegini. Bukan senang nak bukak bisnes yang mampu selesaikan masalah orang kan. Bateriku.com adalah contoh yang terbaik! Sebelum tu, bagi yang tak tahu meh Nanie ceritakan apa itu Bateriku.com.

APA ITU BATERIKU.COM

Bateriku.com adalah satu perniagaan yang menawarkan servis on-site delivery & installation secara percuma untuk penggantian bateri kereta. Dengan semudah tempahan melalui Whatsapp atau panggilan telefon sahaja, Bateriku.com akan hantar bantuan bagi menggantikan bateri kereta kita yang bermasalah. Bagus kan!

PENGALAMAN SENDIRI 

Kebetulan lebih kurang 3 minggu lepas, bateri kereta Myvvi kakak Nanie ada problem. Nak pergi kerja tu, start-start tak boleh. Haih, memang leceh lah jawabnya kan. Dah lah masa suntuk. So, Nanie pun terus teringat pada kawan yang share pasal Bateriku.com ni. Apa lagi, cepat-cepat call & booking masa di Bateriku.com ni untuk slot penukaran bateri.

Alhamdulillah memang semua mudah & efisien. Kakak Nanie call sebelah pagi dan minta datang pada sebelah malam around jam 8.30 malam. Kalau korang tak tahu bateri apa yang sesuai untuk kereta korang, jangan risau, customer service mereka yang di talian tu akan suggestkan bateri yang sesuai asalkan korang beritahu jenis kereta korang. Ketika perbualan semasa booking tu, terus beritahu model kereta, alamat rumah dan preferred time untuk penggantian. Mereka akan isikan borang tempahan & submit order untuk kita.

Sebagaimana yang dijanjikan, memang sharp & on time mekanik dari Bateriku.com datang ke rumah Nanie. Sebelum sampai, dia akan call dan perkenalkan diri semua. Lebih kurang 10 min selepas confirmation call, mekanik muncul lengkap dengan pakaian uniform dan dengan kenderaan Bateriku.com. Korang boleh pastikan mereka adalah mekanik yang sah dengan logo pada kenderaan mereka dan uniform yang mereka gunakan.

PROSES PENUKARAN BATERI 

Benda pertama yang mekanik buat adalah mekanik akan segera check & pastikan yang bateri lama tu betul-betul kong. Sekiranya bateri betul-betul tak ada power, barulah proceed untuk penggantian. Namun sekiranya bateri masih ok, mekanik akan suggestkan korang check di bengkel kereta. Ketika penggantian, mekanik akan terangkan serba sedikit untuk memastikan bateri yang korang book sama dengan yang dihantar. Untuk kereta MyVI, kakak Nanie ambil bateri Amaron. Yang ini adalah sebagaimana yang disarankan mekanik Bateriku.com sebab ketahanan & warrantinya sekitar 18 bulan.

Mekanik yang tukarkan bateri tu pun bagus dan peramah. Tak tergopoh-gopoh dan terangkan dengan details mengenai warranty bateri semua. So far Bateriku.com cover area sekitar Lembah Klang, Shah Alam, JB dan Seremban (tak silap lah). Untuk details tempat tu kena check balik dengan mereka.

HANYA BAYAR HARGA BATERI & SERVIS PERCUMA

Oh ye, Nanie tak terangkan pasal harga. Untuk pengetahuan korang, harga di Bateriku.com ini adalah sangat-sangat berpatutan. Harga untuk kereta kakak Nanie tu, hanya RM 190 je siap semua! Even di bengkel pun tak dapat tau harga macam tu. Di Bateriku.com ni, korang hanya perlu bayar harga bateri sahaja. Kos untuk servis, penukaran bateri, labor charge semua adalah PERCUMA! Seriously…. PERCUMA tau! Dahlah bateri original, servis percuma, mekanik percuma, harga bateri berpatutan, paling best kita just tunggu je di lokasi tak perlu mengagau cari bengkel semua.

Lagi mudah, pembayaran boleh dilakukan secara cash, online mahupun menggunakan kad. Mekanik akan datang siap dengan kelengkapan pembayaran sekali. Malahan, mekanik juga akan berikan resit dan warranty note pada kita untuk rujukan. Sekiranya dalam masa 7 hari, ada sebarang kerosakan pada bateri, pemeriksaan dan penukaran secara percuma akan dilakukan. Just contact je mekanik yang datang servis hari tu. Dia akan bantu sekali lagi.

MUDAH & PANTAS 365 HARI 

Alhamdulillah, dalam masa lebih kurang 20 minit semuanya selesai. Bateri yang lama mereka akan ambil dan kereta dah boleh hidup semula. Sangat menjimatkan masa dan memudahkan urusan. Tempahan untuk penukaran bateri semua boleh dibuat bermula jam 7 pagi sehingga 11 malam. So korang boleh plan siap-siap nak waktu bila.

Secara keseluruhan, Nanie memang bagi 5 bintang pada servis Bateriku.com ni. Nanie sangat-sangat sarankan kalau korang ada masalah berkaitan bateri kereta untuk cepat-cepat contact mereka. Tak payah pening-pening nak contact mekanik, nak tarik kereta ke bengkel semua. Tak perlu! Just call & tunggu! Mudah sangat-sangat ok. Sekiranya korang nak tahu tentang lokasi yang di cover dan soalan-soalan lazim lain, boleh klik sini : http://www.bateriku.com/bm/soalan-lazim-tentang-bateri-kereta-kong.html


Maklumat lanjut dan tempahan, bolek klik link-link di bawah :

Website : http://www.bateriku.com

Facebook : https://www.facebook.com/bateriku/

Instagram : https://www.instagram.com/baterikudotcom/

Whatsapp : 012-245 8027

Petikan dari : Blog Choklateye Innanie Ariffin

Hotline Bateriku.com : 1-800-22-2324

2018-05-14T18:07:34+00:006th October 2016|Categories: 5 bintang, At location, Bateriku.com, Preferred time, Soalan lazim|0 Comments

BATERIKU.COM | HANTAR . PERIKSA . PASANG > PERCUMA

Masalah Bateri Kereta? BATERIKU.COM Hantar | Periksa | Pasang PERCUMA. #DapatkanKepastian Hubungi 1-300-22-2324 atau Whatsapp: 012-938 8621, 011-5675 6728 dan 011-5675 6729 atau muat turun App di Google Play dan Appstore sekarang!

BATERIKU.COM | FREE > DELIVER . CHECK . INSTALL

Car Battery Problem? BATERIKU.COM FREE Deliver | Check | Install.  #GetSecondOpinion #BateriKong Call 1-300-22-2324 or Whatsapp 012-938 8621, 011-5675 6728 and 011-5675 6729 or download App at Google Play and AppStore now!