Bateriku.com Servis 7:00 AM – 1:00 AM 365 hari setahun. Tidak perlu risau lagi.

Bateriku.com Servis 7:00 AM – 1:00 AM 365 hari setahun. Tidak perlu risau lagi.

Semalam detik cemas berlaku, bila kereta ibu kena clamp  tapi dia takde cash nak bayar.  Aku dengan gagah dan penuh semangat nak pergi selamatkan ibu. Alih-alih kereta tak boleh start.  Hak alahhh… Lama lepas tu ibu call cakap tak payah pegi sebab ibu dah jalan pegi atm.  Sian ibu dah lah sakit lutut.  Sobs.

Berbalik kepada kereta aku yang habis battery tadi, husband suruh beli battery dan nanti balik kerja dia pasangkan.  Tapi aku takut pulak nak bawak kereta besar sebesar exora.  Aku bawak myvi je.  Itu pun calar banyak tempat.  Huhu! Sebagai isteri yang bijak dan gemar dengan service online, aku google dan terjumpalah website bateriku.com.  Selain website, dia juga ada apps dan direct whatsapp.  Aku mmg suka service melalui apps sebab mudah dan boleh explore sendiri apa yang aku nak explore.  So, aku request pakai apps tapi bila musykil and nak tanya soalan aku whatsapp je. Nombor whatsapp ada di website.  Servis bateriku.com adalah bermula daripada 7:00 AM – 1:00 AM selama 365 hari setahun.  Takde cuti ok.  Jadi tak kisahlah battery kong di hari apa-apa pun.  Bateriku.com ada untuk membantu.
Service yang bateriku.com tawarkan macam grab/uber jugaklah.  Customer request lepastu mechanic datang bawak battery dan pasangkan.  Boleh jugak letak notes.  Contohnya kalau kau tak sure tu masalah battery ke ape, or kau lupa tutup lampu pastu takleh start.  Nak jump start je. Boleh takde hal. Kau request je.  Nanti mechanic datang check.  Yang terbaiknya service dia murah.  Kau kena bayar harga battery je.  PENGHANTARAN DAN PEMASANGAN ADALAH PERCUMA!!!  Trade in battery lama dapat diskaun RM20.  Aku tukar battery jenama Century NS40ZL MF MARATHONER dengan harga RM185 after discount dan 12 bulan warranty.  Murah ennnnn…
Masa aku baca review dari orang lain kemain friendly dia punya mechanic.  Tapi aku dapat mechanic tak friendly.  Sobs.  Bila dah sampai mechanic suruh aku buka bonet kereta.  Tapi aku tak tahu nak buka mcm mana pastu kena sound ni mesti tahu bawak kereta je!  KAKAKA!  Haa memang pun!  Dia bukakan pastu terus je tukar battery.  Aku ingat dia nak check dulu battery lama tu.  Bila aku tanya battery lama tu dah betul-betul kong ke?  Krik.. krik.. krik.. Dia tak jawab pun soalan aku.  Sobs… Tapi tengok keadaan mechanic tu macam dah penat sebab dia sampai kat rumah aku dah pukul 9:30 PM.  Mungkin dia kerja dari pagi lagi.  Husnuzon dan aku maafkan dia sambil tolong suluhkan lampu walaupun tak disuruh.  Terima kasih abang mechanic!
Lepas tukar battery baru dia suruh on lampu and aircond.  Pastu dia check power battery baru.  Semua ok, then dia bagi sticker untuk warranty. Sticker tu tertera tarikh battery dipasang dan dia pesan warranty 12 bulan atau 25,000 KM.  Which one comes first lah.  Dia jugak ambil bacaan current mileage. S o, kita pun kena simpan jugaklah current mileage untuk rujukan masa depan.  Lepas setel semua aku request resit.  Dia suruh call office untuk request receipt.  Lepas call, dorang whatsapp je receipt tu.
Oh ya kalau korang perasan apps tu habis sampai booking je.  Lepas booking semua melalui call and direct dgn mechanic.  Dalam apps ada feature untuk track booking tapi tak update.  No problem sebab dorang call customer untuk update.  Esoknya aku check purchase history everything dah update.

Bagus ada info pasal warranty.  So kalau nanti nak claim warranty boleh refer kat purchase history ni je.  Baru tahu nama mechanic tu Azam.  Hihi. Korang jangan berprasangka pulak dengan mechanic Azam ni.  Dia ok je tapi sebab dah malam, penat dan dapat pulak customer nak bukak bonet pun tak reti memang lah patut dilayan sebegitu.  Muahaha!

Overall bateriku.com sangat lah DISYORKAN kepada semua rakyat jelata. Servis pantas, mudah dan murah. Apa lagi yang kau nak?  P/s: Review ni tak dibayar dan saja je aku nak share pengalaman menggunakan servis bateriku.com.  Sampai sini saja. Kbai.

Petikan dari: The Proud Cheapskate Blog

BATERIKU.COM | HANTAR . PERIKSA . PASANG > PERCUMA

Masalah Bateri Kereta? BATERIKU.COM Hantar | Periksa | Pasang PERCUMA. #DapatkanKepastian Hubungi 1-300-22-2324 atau Whatsapp: 012-938 8621, 011-5675 6728 dan 011-5675 6729 atau muat turun App di Google Play dan Appstore sekarang!

BATERIKU.COM | FREE > DELIVER . CHECK . INSTALL

Car Battery Problem? BATERIKU.COM FREE Deliver | Check | Install.  #GetSecondOpinion #BateriKong Call 1-300-22-2324 or Whatsapp 012-938 8621, 011-5675 6728 and 011-5675 6729 or download App at Google Play and AppStore now!