Bateriku.com | Bateri Kereta Kong? Part 1

Bateriku.com | Bateri Kereta Kong? Part 1

Bateriku.com Penyelamat Bateri Kong

Pagi Isnin, awak bersilat menyiapkan anak-anak dengan baki 2 jam sebelum jumpa client dekat luar. Masuk kereta awak dah tercungap-cungap minta nyawa dengan jeritan anak-anak sebagai “radio pagi” lagi. Tiba-tiba sikit lagi nak sampai ke rumah babysitter, kereta mati. Mak panik nak! Sendu yang teramat dalam hati sado supermum ni, rasa nak nangis. Mulalah rasa nak drama: Apa Dosaku Ya Allah ala-ala sinetron.

Mak start-start kereta tak hidup, bunyi ek-ek-ek je. Ish, apa masalah anda ni pakcik saga. Minyak ada, check temp tak panas. Sah. Ini mesti kes dia nak bermanja dengan pocket mak. Tak tahu apa problem. 1001 hipotesis berlegar dalam kepala Mak. Mungkin Bateri? Last time kereta tak boleh hidup pun sebab wayar tempat charging ke bateri longgar sahaja. Both OK. Tak ada ganti apa pun, tapi melayang juga RM300 towing ke bengkel. Jadi Mak fikir-fikir, hari tu ada baca tentang Bateriku.com. Alah~ servis tukar bateri delivery macam pizza tu. Blogger tu cakap boleh panggil diorang check kalau kereta tak boleh hidup, and it’s FREE. Betul ke free? Mak cubalah google and cepat-cepat call hotline dia. Sebab rumah babysitter pun dah dekat, anak-anak pun dah “menyanyi opera”, mak call babysitter tolong ambil anak dekat kawasan kejadian. Nasib baik! Then call client minta tunda meetup petang. Jadi Mak tunggu je Bateriku.com datang.

Tak sampai 20 minit van Bateriku.com datang. Wow~ pantas. Mak membuat lambaian ala diva. Senyum je Uncle tu tengok Mak kalut semacam. Uncle tu perkenalkan diri sebagai Uncle Rauf. Dia buka hood kereta Mak and check bateri kereta, wayar-wayar dan alternator (Mak belajar benda baru – Tempat charging bateri dalam hood tu nama dia Alternator). Mak dah berkira-kira budget bulan ni. Towing lagi, bengkel lagi. Kalau orang bengkel tu tak jujur, senang-senang sahaja dia ambil kesempatan ke atas kekurangan pengetahuan Mak ni. Maklumlah, Mak cuma tahu isi minyak, cuci dekat carwash, drive and hidup roadtax insurans ja. Lain pasal kereta mak tak tahu.

“Semua OK. Alternator OK, cuma bateri kereta kong la dik,” and Mak was like “Nak kena ganti bateri baru ke encik? Berapa ek?”

“Eh, taklah. Pergi charge je. Dalam RM5-RM10,”

“Encik boleh buatkan or kena hantar kedai?” tanya Mak lagi.

“Itu adik kena pergi sendiri. Kami cuma datang inspect kereta dan ganti bateri sahaja jika perlu,”

Mak siap ambil gambar masa Uncle tu check kereta Mak. Pardon my skeptical, ini langkah berjaga-jaga. Mak tak kenal dia, manalah tahu dia ranapkan kereta Mak. Mak mana tahu. Betul tak? Tapi kalau based on 1st impression Mak, Uncle Rauf ni friendly dan boleh dipercayai. Mak tanya banyak-banyak pun dia senyum sahaja walaupun cuaca panas. Tak tanya pun macam-macam dia explain.

Last sekali Mak ternanti-nanti juga huluran bil. Tapi tak ada pun dia mention payment and Uncle Rauf dah nak start van dah. And I was like~ Eh takkan datang dan pergi begitu saja dengan harga minyak mencanak dewasa ini. TAPI Uncle Rauf kata, PERCUMA saja. PERCUMA? PERCUMA sebab Mak comel ke macam mana? Kahkahkah. Dua kali Mak tanya tau, dia kata;

“Memang PERCUMA untuk pemeriksaan walau di mana anda berada kecuali awak ganti bateri baru,” Uncle Rauf berseloroh gaya iklan.

Mak tak tahu nak gelak ke, sujud syukur ke macam mana. Sempat juga Mak berselfie dengan Uncle Rauf dan vannya (itu pasti) tadi. Mak minta tolong kawan pergi charging sekejap dalam 4 jam gitu dekat nearest workshop and kena RM7. Alhamdulillah, settle and Mak boleh menjalani hari seperti biasa.

Mak terhutang budi sangatlah dekat Bateriku.com. Rugi tak tahu tentang servis diorang sebelum-sebelum ni. Stay tune dekat next entry ya sebab Mak nak kongsi ilmu tentang Bateriku.Com supaya kita sama-sama mendapat manfaat. Next time tak perlu gelabah kalau kereta berhenti tengah jalan 😉

Dipetik dari: ceritamak.com Blog

2018-07-19T05:36:37+00:0016th February 2018|Categories: Bateri kong, Bateriku.com, Car battery delivery, Free deliver check install, Hantar Periksa Pasang PERCUMA, Masalah bateri|Comments Off on Bateriku.com | Bateri Kereta Kong? Part 1

BATERIKU.COM | HANTAR . PERIKSA . PASANG > PERCUMA

Masalah Bateri Kereta? BATERIKU.COM Hantar | Periksa | Pasang PERCUMA. #DapatkanKepastian Hubungi 1-300-22-2324 atau Whatsapp: 012-938 8621, 011-5675 6728 dan 011-5675 6729 atau muat turun App di Google Play dan Appstore sekarang!

BATERIKU.COM | FREE > DELIVER . CHECK . INSTALL

Car Battery Problem? BATERIKU.COM FREE Deliver | Check | Install.  #GetSecondOpinion #BateriKong Call 1-300-22-2324 or Whatsapp 012-938 8621, 011-5675 6728 and 011-5675 6729 or download App at Google Play and AppStore now!