Perjalanan Lebih Lancar Dengan Bateriku.com

Perjalanan Lebih Lancar Dengan Bateriku.com

Cuti Panjang Bersama Keluarga

Awal tahun lagi dah sibuk dengan planning cuti. Suka sangat akak kalau ada cuti umum yang bersambung-sambung dengan cuti hujung minggu. Mesti boleh plan cuti panjang bersama keluarga.  Masa inilah anak-anak semua ada di sisi ibu ayah, mereka pun pasti teruja nak bercuti panjang bersama keluarga.

Tiada perancangan untuk keluar jauh setakat merancang jalan dekat-dekat tanpa perlu bermalam di mana-mana selain daripada rumah sendiri.   Secara kebetulan en hubby pun ada di rumah.  Aktiviti yang kami suka buat bila berkumpul ialah mencari tempat makan menarik.  En hubby awal-awal dah bagitau nak makan ikan bakar.  Dalam kepala akak dan teringat lokasi ikan bakar di Teluk Tempoyak, Pulau Pinang.  Tak sangka pulak, itu juga yang terkeluar daripada mulut en hubby…jom kita ke Teluk Tempoyak.  Samakan!!

Sebaik lepas Asar, kami sekeluarga memulakan perjalanan yang tidaklah jauh sangat, dalam sejam boleh je sampai. Terbayang dah ikan yang dibakar dicicah dengan air asam sedap dan kicap. Sambal ikan bakar yang hmmm…yummy sangat.  Tak sangka pula lain yang jadi. Di pertengahan jalan kami singgah sebentar membeli beberapa barang keperluan untuk digunakan keesokkan hari. Lepas siap semua, masuk kereta, en hubby start tapi engine kereta tak mahu berfungsi. Cuba lagi…cuba lagi…dan lagi.  Anak-anak dah mula riuh. Akak dan en hubby pun dah mula cuak. En hubby kata mungkin bateri dah kong sebab tu tak boleh start. Hmm…kat mana pula nak cari bantuan ni. Maklumlah hari-hari cuti, banyak kedai yang tutup. Takkan nak call adik beradik atau kawan-kawan datang bantu, mereka pun sedang bercuti dengan keluarga.  Teringat kawan akak pernah bercerita tentang perkhidmatan Bateriku.com

Bateriku.com Penyelamat Perjalanan Anda

Cepat-cepat google cari info dan nombor untuk dihubungi. Dah dapat terus call tanpa bertangguh. Hilang semua rasa lapar. Kena pastikan kereta berfungsi semula.  Lepas maklumkan lokasi kami, staf Bateriku.comberi masa dalam 20 minit untuk sampai.
Sebaik tiba,  menurut En Mat, wakil Bateriku.com maklumkan sebelum menukar bateri, mereka akan check dulu , mungkin kereta tak boleh start disebabkan oleh perkara lain.  Lepas check dengan peralatan yang di bawa, boleh dah start dan bolehlah kami meneruskan perjalanan kami. Terima kasih atas kecekapan dan tindakan pantas yang diambil oleh Bateriku.com 
 

Kelebihan Memilih Bateriku.com

1. Harga lebih murah.Warranty antara 12 hingga 18 bulan mengikut jenama bateri yang dibeli
2. Bateriku.com  telah dikenali dan boleh dipercayai
3. Penghantaran, pemeriksaan dan pemasangan adalah dengan percuma
4. Sekiranya masalah bukan disebabkan oleh bateri, tiada caj yang akan dikenakan untuk khidmat nasihat yang diberikan.
5. Mudahnya pembayaran boleh dibuat menggunakan debit atau kredit kad.

Bateriku.com Di mana-mana

Kalau korang nak tahu, kawasan liputan perkhidmatan Bateriku.com ni dah semakin meluas.  Selain daripada Pulau Pinang, Bateriku.com juga beroperasi di Selangor, Kuala Lumpur, Johor, Negeri Sembilan dan dalam perancangan juga meluaskan kawasan liputan sehingga ke Sabah dan Sarawak.  Jangan risau kalau kereta korang break down malam-malam sebab Bateriku.com mula bertugas dari jam 7 pagi sehingga ke 12 tengah malam.

Punca Kegagalan Bateri Kenderaan

Sambil-sambil check bateri kereta kami, sempat juga En Mat berkongsi punca-punca kegagalan yang biasa berlaku pada bateri kenderaan. Akak share sini untuk pengetahuan bersama.  Bagus jugak bila dapat berkongsi info.

1. Bateri ternyahcas – antara sebab berlaku adalah mungkin terlupa matikan suis lampu, pintu kereta tidak ditutup rapat atau mungkin juga disebabkan suis pengidup terbiar menyala (ON) semalaman.

2. Bateri sudah lama tidak digunakan – sekiranya kenderaan korang tidak akan digunakan dalam tempoh masa yang lama mungkin seminggu atau lebih, sebaiknya korang kena pastikan kabel bateri ditanggalkan daripada terminalnya.

3. Bateri sudah sampai hayat. 

Bila dah jadi macam ni, akak memang sarankanlah korang simpan nombor telefon Bateriku.com ni dalam handphone korang.  Kejadian berlaku tanpa diduga. Bersedia dan beringat selalu sebaiknya. Untuk maklumat lanjut berkenaan Bateriku.com, boleh diperolehi :

Call : 1-300-22-2324
Whatsapp : 012-245 8027
Dipetik dari: Azirahman.com Blog
2018-05-08T09:36:11+00:0021st February 2018|Categories: Bateri kong, Bateriku.com, Car battery delivery, Free deliver check install, Hantar Periksa Pasang PERCUMA|Comments Off on Perjalanan Lebih Lancar Dengan Bateriku.com

BATERIKU.COM | HANTAR . PERIKSA . PASANG > PERCUMA

Masalah Bateri Kereta? BATERIKU.COM Hantar | Periksa | Pasang PERCUMA. #DapatkanKepastian Hubungi 1-300-22-2324 atau Whatsapp: 012-938 8621, 011-5675 6728 dan 011-5675 6729 atau muat turun App di Google Play dan Appstore sekarang!

BATERIKU.COM | FREE > DELIVER . CHECK . INSTALL

Car Battery Problem? BATERIKU.COM FREE Deliver | Check | Install.  #GetSecondOpinion #BateriKong Call 1-300-22-2324 or Whatsapp 012-938 8621, 011-5675 6728 and 011-5675 6729 or download App at Google Play and AppStore now!