Servis Bateriku Di Penang Dengan Harga Bateri Kereta Murah

Servis Bateriku Di Penang Dengan Harga Bateri Kereta Murah

Assalamualaikum. Siapa yang pakai kereta tapi tak pernah ada masalah bateri kereta kong? Saya tak sebut beli kereta sebabnya bila pinjam kereta orang sekalipun kadang kita berhadapan dengan masalah bateri kereta kong. Cerita mengenai bateri kereta kong ni saya nak kongsikan pengalaman menggunakan servis Bateriku.com di Penang dengan harga bateri kereta murah. Boleh dikatakan bateri kereta murah di pasaran Penang.

Kebanyakan kereta hari ini berTRANSMISI auto dan menggunakan BATERI jenis kering. Kedua-duanya untuk memudahkan tetapi kedua perkara ini agak menyulitkan bila bateri kereta habis atau bateri kong senang kata. Kereta transmisi manual bila bateri kong boleh lagi minta bantuan tolak kereta, bila enjin hidup boleh ke kedai atau bengkel berdekatan tetapi transmisi auto tidak boleh. Bateri kering pula bila kong atau habis tak boleh digunakan lagi, boleh la caj dengan cara ‘jumper’ untuk cari mana-mana bengkel berdekatan.
Apa perlu buat bila BATERI KERETA KONG ATAU BATERI KERETA HABIS. Zaman sekarang semua dah semakin mudah. Tak perlu dah susahkan sesiapa untuk bantu kita bila dalam keadaan macam ni. Samada hari bekerja atau cuti, siang atau malam ( malam sampai jam 12 tengah malam) boleh baca pengalaman saya menggunakan servis Bateriku.com di Penang dan paling menarik harga bateri murah yang ditawarkan.

PENGALAMAN MENGGUNAKAN SERVIS BATERIKU

Bila kita dah mula gunakan kenderaan sendiri, kita mesti letakkan sebarang kemungkinan yang bakal berlaku. Jadi kita perlu tahu serba sedikit mengenai kenderaan kita. Jika berlaku kerosakan apa perlu buat, apa jenis kerosakan, siapa yang perlu kita hubungi dan macam-macam lagi. Kenapa kena tahu? Supaya kita tidak ditipu.
Zaman bujang dengan zaman dah berkeluarga ini lain. Zaman bujang tak risau kereta rosak lain pula bila ada keluarga dalam kereta. Apa yang paling risau keluarga. Sebab itu saya ambil tahu serba sedikit mengenai kereta saya sebagai contoh nombor pusat servis dan juga nombor bateriku.

Ini kali kedua saya gunakan khidmat bateriku. Mudah senang dan cepat. Kenapa saya kata mudah?

Sebab tak perlu nak survey harga. Memang harga di Bateriku antara yang termurahsetakat ini. Perkhidmatan bateriku luas seluruh Malaysia. Tak perlu nak simpan banyak-banyak nombor. Mudah kan?
Jom saya kongsikan sedikti pengalaman menggunakan servis dari bateriku.com. Ada dua pengalaman yang berharga yang saya nak kongsi disini. Pertama memerlukan penukaran bateri baru dan keduanya tak perlu tukar bateri.

Pengalaman pertama masa saya nak keluar makan bersama keluarga. Cuba hidupkan enjin tapi tak berjaya sampai alarm berbunyi. Itu antara satu tanda bateri habis. Waktu dah lewat petang. Kalau google nombor kedai yang jual bateri pun tak guna, sebab kedai dah nak tutup. Kemudian baru teringat servis bateriku untuk bateri kereta kong. Masa tu saya call nombor di bawah

1-300-222324
 
atau download saja apps bateriku.com di Google Play atau App Store lagi mudah.
 
BATERIKU terdapat di 30 lokasi seluruh semenanjung Malaysia. Setiap negeri ada.
 
Cuma masa tu saya guna telefon sebab belum download apps dah kecemasan mana sempat nak download kan. Tapi sebaiknya anda semua download dan install sebab tempoh hayat bateri kereta antara setahun hingga 1 tahun 6 bulan. Bergantung juga cara penggunaan kita. Masa guna kereta Myvi semuanya cun cun setahun 2 bulan macam tu tanpa sebarang tanda. Esoknya terus tak boleh hidupkan enjin. #baterikong. Ini bermakna memang setiap tahun kita perlu tukar bateri kereta.

Kalau di Penang ( dalam kawasan pulau) servis bateriku lebih banyak menggunakan motosikal. Sebab kawasan pulau ni lebih mudah guna motor. Ada beberapa kawasan memang akan sesak pada waktu tertentu. Pernah juga tanya kenapa naik motor? Dia cakap kalau naik van janji 30 minit, silap-silap sampai 2 jam. Jadi jangan risau kalau bateriku datang naik motor sebab lebih cepat dalam 15 minit saja bergantung pada temujanji. Staff akan maklumkan berapa lama masa diambil untuk sampai.

Kalau tengok pun boleh kenal mereka memang staff bateriku. Beretika. Boleh tengok gambar gambar di bawah
Pengalaman kedua rasa macam enjin susah nak start. Ada tanda-tanda pelik. Takut juga kalau kena waktu balik keja bateri kong. Sudah la nak cepat jemput Cik Puteri dari sekolah dan ambil Puan Isteri dari kerja. Jadi saya buat panggilan untuk mohon Bateriku buat pemeriksaan atas bateri kereta saya. Kalau bukan bateri memang kena rujuk pada Service Centre.

Kebetulan dah pun berada di Tesco sebab waktu makan tengahari jadi sempat buat temujanji disini. Baik, pihak Bateriku juga memberikan khidmat untuk memeriksa bateri kereta contohnya anda ingin berjalan jauh seperti balik kampung sempena musim perayaan dan lain-lain. Walaubagaimanapun bergantung kepada keadaan. Pihak bateriku akan lebih mengutamakan mereka yang sudah membuat temujanji terlebih dahulu.

Pemeriksaan pun cepat dan mudah. Lebih kurang 15 minit saja. Pengalaman kali ini, saya tak perlu tukar bateri. Ini kerana bateri dalam keadaan baik. Mungkin perasaan saya saja yang merasakan bateri macam nak kong. Lagi pun masih baru nak biasakan dengan kenderaan Eco Idle. Enjin akan dalam keadaan ‘IDLE” apabila berhenti dan hidup semula selepas brek dilepaskan.

Pemeriksaan yang dibuat adalah PERCUMA. Pihak Bateriku hanya akan caj harga bateri jika perlu ditukar sahaja. Harga sudah termasuk tolak harga bateri lama.
Alang-alang dah berjumpa bateriku sempat saya bersembang tanya lebih lanjut mengenai bateriku. Sekarang khidmat servis bateriku agak meluas seluruh Malaysia. Sempt juga betanya beberapa soalan.

BATERI YANG DISEDIAKAN BATERIKU SESUAI UNTUK SEMUA JENIS KENDERAAN?

Setakat ini bateri memang sesuai untuk semua kenderaan jenis kereta. Cuma untuk Perodua Bezza Advance yang menggunakan sistem “Eco Idle”. Masih belum ada bateri yang sesuai. Mungkin di masa akan datang pihak bateriku akan sediakan.

APA YANG MENARIK GUNA SERVIS BATERIKU?

Bateriku akan sampai ke lokasi kenderaan yang habis bateri atau bermasalah. Pemeriksaan akan dibuat samada bateri kong atau masalah lain. Tak perlu susah-susah cari nombor kedai jual bateri atau pergi beli sendiri. Jika masalah lain bateriku ada nombor-nombor bengkel yang berkaitan.
Dari segi warranty pula tak perlu risau. Jika beli bateri kereta di Penang kemudian rosak di Johor. Hubungi saja pihak Bateriku untuk claim warranty sekiranya masih ada tempoh warranty. Senang kan?

Setakat ini dahulu saya kongsikan mengenai Bateriku penyelesaian kepada masalah bateri kereta. Ingat jangan lupa simpan nombor yang saya kongsikan di atas atau lagi baik download apss Bateriku. Apps Bateriku pun mudah kalau nak claim warranty bateri bila ada masalah.

Semoga perkongsian ini sesuatu yang berharga buat anda semua serta memberikan manfaat. Terima kasih kerana sudi membaca mengenai Servis Bateriku Di Penang Dengan Harga Bateri Kereta Murah

Petikan Dari: Arzmoha.com Blog

2018-05-08T09:36:03+00:0022nd February 2018|Categories: Bateri kong, Bateriku.com, Free deliver check install, Hantar Periksa Pasang PERCUMA, Harga murah, Masalah bateri|Comments Off on Servis Bateriku Di Penang Dengan Harga Bateri Kereta Murah

BATERIKU.COM | HANTAR . PERIKSA . PASANG > PERCUMA

Masalah Bateri Kereta? BATERIKU.COM Hantar | Periksa | Pasang PERCUMA. #DapatkanKepastian Hubungi 1-300-22-2324 atau Whatsapp: 012-938 8621, 011-5675 6728 dan 011-5675 6729 atau muat turun App di Google Play dan Appstore sekarang!

BATERIKU.COM | FREE > DELIVER . CHECK . INSTALL

Car Battery Problem? BATERIKU.COM FREE Deliver | Check | Install.  #GetSecondOpinion #BateriKong Call 1-300-22-2324 or Whatsapp 012-938 8621, 011-5675 6728 and 011-5675 6729 or download App at Google Play and AppStore now!