Review Bateriku.com – Penghantaran dan Penukaran Bateri Kereta

/, Bateriku.com, Mudah, Servis Puas Hati, Tiada caj tersembunyi, Uncategorized/Review Bateriku.com – Penghantaran dan Penukaran Bateri Kereta

Review Bateriku.com – Penghantaran dan Penukaran Bateri Kereta

Permulaan Hari

Hari Ahad yang cerah. Walaupun ABAH dan Mama tidak dapat tidur dengan cukup pada malam tadi sebab Amir dan Amirah asyik terbangun sebab batuk-batuk, tapi pagi ini disambut ABAH dengan ceria. Bunyi burung berkicauan dan suasana cerah di luar. Hari Ahad yang menceriakan.

Lalu ABAH pun mengajak Mama untuk bersarapan di luar. Jom ke restoran nasi lemak Kampung Pandan? Mama pun bersetuju lalu menyiapkan anak-anak. Semua tidak mandi, hanya disalin lampin sahaja. Mandi lepas balik bersarapan nantilah.

Lalu kita sekeluarga turun ke tempat letak kereta dan bergerak masuk ke kereta. Amir diletakkan dalam car sear dan dipasangkan tali pinggang keledar.

Lalu ABAH masuk ke kerusi pemandu, kunci dimasukkan dan dipulas untuk menghidupkan enjin.

“tch.. tch.. tch..” Itulah bunyi yang kedengaran daripada enjin dan enjin gagal dihidupkan. ABAH mencuba beberapa kali dan keadaan yang sama masih berlaku.

Kereta Habis Bateri atau Ada Kerosakan Lain?

Kecewa ABAH. Muka Mama juga telah berubah, nampak sedikit kerisauan. Taqi, Amir dan Amirah masih bersikap normal, mungkin tidak mengerti apa yang berlaku.

ABAH menjadi sangsi. Rasanya bateri kereta baru berumur setahun, takkanlah sudah habis bateri kereta.

Allah, mengapa begini? ABAH sudah jadi sangat risau. Susahlah nak bergerak ke sana ke mari. Banyak betul senario bermain di fikiran ABAH.

Teringat Bateriku.com

Lalu, ABAH minta semua untuk naik balik ke rumah. Dalam berjalan kaki ke lif, ABAH sempat untuk install beberapa apps di telefon, salah satunya adalah apps Bateriku.com. Menurut bacaan ringkas ABAH, review Bateriku.com oleh pengguna sangat baik.

ABAH cuba untuk memesan servis penghantaran dan pemasangan Bateriku.com menerusi apps mereka, malangnya, terdapat error untuk memproses pesanan ABAH. Mujurlah ada disertakan nombor telefon untuk dihubungi. ABAH lantas menelefon nombor yang tertera lalu bercakap dengan operator. Dalam masa yang singkat, order ABAH diproses dan menurut operator, technician akan tiba dalam masa satu jam.

Dalam menunggu technician, ABAH dan Mama memandikan semua anak-anak di rumah.

Technician Bateriku.com Sampai

Dalam jam 9.50 pagi, ABAH menerima panggilan daripada technician Bateriku.com yang bernama Amir. Macam nama anak ABAH!

Turunnya ABAH dan Taqi dari lif, ternampak kereta Bateriku.com.

review bateriku.com

Uncle Amir terus minta ABAH cuba hidupkan enjin, masih bunyi cranking yang sama, “tch.. tch.. tch..”. Lalu uncle Amir terus berkata: “Ini confirm bateri kong”

ABAH pelik. Saya rasa bateri ni tak sampai setahun. Hood depan kereta dibuka dan betul, tarikh akhir ABAH menukar bateri kereta adalah pada 6 April 2017.

“Betul pelik ni”, uncle Amir berkata. “Takpe, saya check dulu” lalu uncle Amir mengeluarkan meter voltage untuk memeriksa kesihatan bateri kereta kita.

Ternyata, bateri kereta kita hanya tinggal 3% kuasa dan memang perlu ditukar. Tetapi uncle Amir juga membantu memeriksa punca mengapa bateri lama kita terlalu cepat habis kuasa. Dan akhirnya, uncle Amir berpendapat alternator kereta sudah lemah dan dia mencadangkan untuk ditukar alternator di bengkel berdekatan.

Bateri sudah ditukar dan Alhamdulillah kereta boleh dihidupkan. Kali ini ABAH memilih bateri Amaron Pro dengan harga bersih RM310 (harga asal RM330 tetapi sebab ada rebate RM20 trade-in bateri lama).

Review Bateriku.com

Secara ringkasnya, ABAH sangat berpuas hati dengan servis Bateriku.com. Berikut merupakan ringkasan review Bateriku.com daripada ABAH:

1. Proses Order (3.5/5)

ABAH pada asalnya ingin menggunakan Apps sahaja untuk order semua, tetapi ada error dan terpaksa untuk telefon pula. Tidaklah susah sangat pun sebab operator pun cepat je angkat panggilan dan proses pesanan, tapi expectation bila ada apps adalah biar berfungsi dengan betul. ABAH tak pasti adakah hanya ABAH seorang hadapi masalah dengan Apps Bateriku.com.

2. Harga (4.5/5)

Antara yang ABAH suka adalah harga yang dipaparkan di apps dan yang dinyatakan oleh operator adalah telus (transparent) dan tiada lagi hidden charge. Sewaktu order ABAH diproses, ABAH terus menerima mesej tentang spesifikasi bateri yang dipesan serta harga akhir.

3. Proses Inspection Percuma (5/5)

Bateriku.com menjanjikan proses inspection percuma. Andai selepas inspection didapati masalah kereta bukan pada bateri, maka, pelanggan tidak perlu membayar apa-apa. Ada sesetengah syarikat lain yang tetap mengenakan caj setinggi RM50 untuk proses inspection sahaja.

4. Tiada Caj Penghantaran & Pemasangan (5/5)

Selain daripada tiada caj inspection, harga yang dibayar juga termasuk penghantaran dan pemasangan.

5. Servis yang Mesra dan Bermaklumat (5/5)

Ini mungkin bergantung kepada siapa technician itu, tetapi untuk uncle Amir, ABAH sangat suka. Bukan sekadar mahir menukar bateri kereta, dalam setiap apa yang beliau lakukan pun beliau akan memberi penerangan. Bahkan, bacaan meter bateri pun diterangkan sehinggalah kepada bagaimana voltage dan arus boleh dipengaruhi oleh aktiviti kereta. Kebiasaan di bengkel, mekanik biasanya tidak menerangkan dengan detail dan terus mencadangkan untuk ditukar sekian dan sekian. Bagi ABAH, Bateriku.com ini lebih telus dalam apa yang dibuatnya.

6. Servis Selepas Jualan Yang Menenangkan (5/5)

Bergantung kepada jenis bateri yang dibeli, ianya akan datang dengan waranti daripada Bateriku.com. Jika ada masalah bateri dalam tempoh waranti, hubungi sahaja Bateriku.com dan mereka akan datang dan menukar dengan Bateri baru. Namun, waranti tak terpakai jika bateri bermasalah disebabkan 2 faktor ini: (i) Kecuaian (contoh, terlupa tutup lampu hadapan sepanjang malam) dan (ii) Kerosakan bahagian kereta yang lain.

7. Boleh Bayar Tunai atau Kad (5/5)

Bayangkan perasaan tekanan kereta tidak boleh dihidupkan. Lebih tertekan jika mekanik minta untuk bayar tunai. Siapa yang selalu bawa tunai ratusan ringgit dalam poket? Jangan risau, Bateriku.com boleh dibayar secara tunai dan menggunakan kad. Technician mereka membawa alat pembaca kad kredit wireless (macam CIMB Plug n Play) jadi, mudah sahaja pembayaran boleh dilakukan menggunakan kad kredit atau debit.

Kesimpulan

ABAH sangat lega dengan kewujudan servis seumpama Bateriku.com ini. Jika dahulu, tiada pilihan melainkan perlu jump-start kereta lalu perlu memandu ke bengkel berdekatan untuk menukar bateri. Tapi dengan adanya servis Bateriku.com ini, bateri dan mekanik yang datang kepada kita, on-demand!

Untuk maklumat lanjut boleh layari http://bateriku.com/ atau download apps mereka. Jika ada kecemasan dan anda perlu hubungi mereka, boleh hubungi nombor telefon 1300-22-2324.

Petikan dari: abah.com.my

BATERIKU.COM | HANTAR . PERIKSA . PASANG > PERCUMA

Masalah Bateri Kereta? BATERIKU.COM Hantar | Periksa | Pasang PERCUMA. #DapatkanKepastian Hubungi 1-300-22-2324 atau Whatsapp: 012-938 8621, 011-5675 6728 dan 011-5675 6729 atau muat turun App di Google Play dan Appstore sekarang!

BATERIKU.COM | FREE > DELIVER . CHECK . INSTALL

Car Battery Problem? BATERIKU.COM FREE Deliver | Check | Install.  #GetSecondOpinion #BateriKong Call 1-300-22-2324 or Whatsapp 012-938 8621, 011-5675 6728 and 011-5675 6729 or download App at Google Play and AppStore now!