Bateriku.com Bantu Ketika Bateri Kong

//Bateriku.com Bantu Ketika Bateri Kong

Bateriku.com Bantu Ketika Bateri Kong

Kalau dadulu kereta tidak boleh  start berpunca dari bateri “kong”,  saya akan panggil kawan-kawan atau pun ahli keluarga untuk tolong belikan bateri atau pun pinjamkan kereta untuk jump sementara untuk di bawa ke bengkel. Masalahnya adalah bukan semua orang ada jumper dan bukan semua kedai ada jual bateri kereta yang sesuai dengan kereta kita.  Kalau pandai pasang bateri sendiri dah dikira bagus, tapi macam mana pula kalau kita tidak tahu pasang?

Baru-baru ini saya berpengalaman mencuba sendiri perkhidmatan Bateriku.com sebagai alternatif untuk masalah bateri kereta “kong” ini.  Saya menghubungi talian 1-300-22-2324 untuk memberi tahu lokasi saya dan jenis kenderaan yang saya bawa. Proses ini tidak mengambil masa dan mereka akan memberi tahu harga bateri kereta sebelum memulakan perkhidmatan.  Harga yang dikenakan adalah harga untuk bateri saja dan perkhidmatan pemasangan dan sebagainya adalah percuma. Rupanya selain kita boleh panggil, kita juga boleh WhatsApp di talian 012-245 8027 dan akan ada staf cun yang menjawab whatsapp kita itu.

Kurang dari 1 jam, akhirnya petugas Bateriku.com ini sampai dengan van hijau yang tertulis jenama Bateriku.com.  Walaupun perkhidmatan mereka belum bermula, tapi saya rasa sangat lega bila nampak van mereka sebab sekurang-kurangnya saya tahu saya berurusan dengan syarikat yang profesional dan bukan scammer.  Petugas Bateriku.com terus memeriksa keadaan kereta sebelum mula memasangkan bateri untuk memastikan masalah tersebut memang berpunca dari bateri kereta. Bateri yang digunakan adalah jenama Century yang merupakan salah satu jenama yang bagus dalam kategori jenama bateri kereta.

Mereka pasang bateri kereta ini sekejap sahaja dan tidak sampai pun 10 minit.  Petugas Bateriku.com memeriksa terlebih dahulu bateri kereta yang dipasang supaya betul-betul berfungsi dan dalam keadaan baik.  Apa yang saya suka, mereka bukan saja memasang bateri kereta, namun juga turut memberi tip-tip penjagaan enjin kereta serta cara-cara menjaga bateri kereta.  Bateri yang baru ini datang dengan warranty selama 1 tahun dari Bateriku.com

Secara keseluruhannya saya sangat berpuas hati dengan perkhidmatan Bateriku.com kerana mereka bukan saja menjalankan tugas dengan baik, malahan juga sangat reliable.  Buat masa ni, Bateriku.com beroperasi di semua negeri, kecuali Sabah dan Sarawak pada setiap hari dari jam 7:00 pagi sehingga 12:00 malam.  Selain van, mereka juga menggunakan motorsikal bagi mempercepatkan perkhidmatan untuk sesetengah kawasan dan situasi tertentu.

Bateriku.com juga baru-baru ni menyediakan perkhidmatan pembayaran menggunakan kad kredit/ debit bagi memudahkan pengguna membuat bayaran.  Nama pun kereta rosak,  emergency kadang-kadang mana ada nak sediakan cash tiba-tiba.

Dipetik dari: Mohdzarin.com Blog

 

2018-04-21T02:27:44+00:0018th April 2018|Categories: Bateri kong|Comments Off on Bateriku.com Bantu Ketika Bateri Kong

BATERIKU.COM | HANTAR . PERIKSA . PASANG > PERCUMA

Masalah Bateri Kereta? BATERIKU.COM Hantar | Periksa | Pasang PERCUMA. #DapatkanKepastian Hubungi 1-300-22-2324 atau Whatsapp: 012-938 8621, 011-5675 6728 dan 011-5675 6729 atau muat turun App di Google Play dan Appstore sekarang!

BATERIKU.COM | FREE > DELIVER . CHECK . INSTALL

Car Battery Problem? BATERIKU.COM FREE Deliver | Check | Install.  #GetSecondOpinion #BateriKong Call 1-300-22-2324 or Whatsapp 012-938 8621, 011-5675 6728 and 011-5675 6729 or download App at Google Play and AppStore now!