Kereta Tak Boleh Start? Bateriku.com Boleh Bantu Anda

/, Harga murah, Jimatkan Duit Anda, lokasi kejadian/Kereta Tak Boleh Start? Bateriku.com Boleh Bantu Anda

Kereta Tak Boleh Start? Bateriku.com Boleh Bantu Anda

Pada bulan Mac yang lepas, dalam kekalutan nak pergi ke pejabat dalam masa yang sama nak bawa anak saya yang demam, sesuatu yang tidak terduga berlaku.  Dah siap kunci pintu pagar semua dah, sekali tu kereta tak boleh nak start pulak.  Ternyata bateri kereta telah pun sampai tempoh hayatnya.  Oleh itu terpaksalah diganti, nak ganti pulak nak kena buka bonet depan kereta, perlu ada ada spanar bersaiz 10 untuk buka nat pengikat bateri dan terpaksa berpanas.

Kita pulak dah pakai baju kerja, dah seterika baju semua, kalau berlaku pulak kejadian tak boleh start ni di tempat lain contohnya seperti di kedai makan atau yang lagi teruk di tengah-tengah jalan raya dalam jem, satu mimpi ngeri yang sangat-sangat ditakuti.  Saya dah tak ingat dimana saya ternampak iklan Bateriku.com tapi search sahaja di Google, terus jumpa dan terus saya kol.  Kurang daripada sejam, wakil mereka sampai di depan rumah.

 

Brader installer Bateriku.com

Tukar bateri lama kepada yang baru.  Trade-in bateri lama so dapat la bateri baru. Harga untuk bateri kereta Perodua Alza: RM185.00

 

Dah siap pasang bateri kereta baru dengan tarikh pemasangan dicatatkan atas bateri.  Memandangkan saya tiada cash maka saya pun transfer pembayaran kepada no. akaun brader installer yang datang tu.  Resit saya dapat melalui email, memang proses penukaran bateri kereta dengan Bateriku.com sangat efisyen, mudah dan pantas.

Kalau kereta anda tidak boleh start dan anda saspek bateri anda adalah puncanya, hubungi sahaja pihak Bateriku.com untuk membantu anda.  Hubungi 1-300-22-2324.

**Saya tidak dibayar pun untuk buat review ni, saya cuma nak kongsikan pengalaman saya jer tau.

Petikan dari: JeyHemSem Blog

2018-05-24T03:24:12+00:0025th April 2018|Categories: Hantar Periksa Pasang PERCUMA, Harga murah, Jimatkan Duit Anda, lokasi kejadian|0 Comments

BATERIKU.COM | HANTAR . PERIKSA . PASANG > PERCUMA

Masalah Bateri Kereta? BATERIKU.COM Hantar | Periksa | Pasang PERCUMA. #DapatkanKepastian Hubungi 1-300-22-2324 atau Whatsapp: 012-938 8621, 011-5675 6728 dan 011-5675 6729 atau muat turun App di Google Play dan Appstore sekarang!

BATERIKU.COM | FREE > DELIVER . CHECK . INSTALL

Car Battery Problem? BATERIKU.COM FREE Deliver | Check | Install.  #GetSecondOpinion #BateriKong Call 1-300-22-2324 or Whatsapp 012-938 8621, 011-5675 6728 and 011-5675 6729 or download App at Google Play and AppStore now!