BATERIKU.COM | HANTAR . PERIKSA . PASANG > PERCUMA

Masalah Bateri Kereta? BATERIKU.COM Hantar | Periksa | Pasang PERCUMA. #DapatkanKepastian

Hubungi 1-300-22-2324 atau Whatsapp: 012-938 8621, 011-5675 6728 dan 011-5675 6729 atau muat turun App di Google Play dan Appstore sekarang!

BATERIKU.COM | FREE > DELIVER . CHECK . INSTALL

Car Battery Problem? BATERIKU.COM FREE Deliver | Check | Install.  #GetSecondOpinion #BateriKong

Call 1-300-22-2324 or Whatsapp 012-938 8621, 011-5675 6728 and 011-5675 6729 or download App at Google Play and AppStore now!

3 PERKARA ANDA PERLU TAHU TENTANG MASALAH PEMANDUAN KERETA DI KUALA LUMPUR

3 PERKARA ANDA PERLU TAHU TENTANG MASALAH PEMANDUAN KERETA DI KUALA LUMPUR

Memandu di Kuala Lumpur sudah tentunya bukan sesuatu yang mudah. Bagi mereka yang biasa memandu pastinya lebih arif dan dapat menangani tahap ‘stress’ yang dihadapi kerana sudah lali dengan trafik dan sikap pemanduan pengguna lain.  Walaupun servis – servis E-hailing seperti Grab boleh didapati dengan mudah di kawasan Kuala Lumpur, namun peratusan pengguna jalanraya yang lebih gemar memandu kenderaan sendiri masih tinggi. Sebahagian besar pemandu yang memandu kenderaan sendiri ini bekerja di KL tetapi tidak menetap di sana.  Antara masalah yang sering diluahkan para pemandu ialah kesesakan trafik pada waktu puncak dan tempoh perjalanan yang lama kerana jarak yang jauh dari rumah. Namun begitu, di bandar Kuala Lumpur yang menjadi tempat mencari rezeki majoriti penduduk Malaysia, terdapat 3 perkara yang perlu diambil kira oleh pemandu jika ingin memandu kenderaan sendiri ke Kuala Lumpur.


Mencari dan Membayar Parkir.
Purata tempoh masa yang digunakan oleh pemandu untuk mencari parkir yang kosong pada waktu puncak ialah 25 minit. Tempoh masa ini masih belum mengambil kira tempoh yang digunakan untuk mencari tempat untuk membayar parkir kereta. Pada kebiasaannya  mesin atau ejen membayar parkir ini terletak jauh daripada pemandu.

Keadaan parkir yang sesak merupakan lokasi yang strategik untuk tragedi ragut atau rompakan berlaku. Khususnya untuk para wanita, mereka perlu memikirkan keselamatan mereka semata-mata untuk mencari lokasi membayar parkir kereta.

Memandangkan kebanyakan kawasan parkir ini terbuka, sudah tentu akan terjejas imej para lelaki atau wanita yang sudah berpakaian segak untuk temujanji bisnes atau sosial.

Bagi mereka yang sentiasa menggunakan parkir DBKL, sudah tentunya mereka perlu menyediakan tiket dan duit syiling sepanjang masa.


Masalah bateri ketika Parkir
Ini boleh dikategorikan sebagai masalah yang tidak dijangka.  Ia boleh berlaku pada bila-bila masa dan keadaan. Masalah ini biasanya berlaku pada pemandu yang memulakan perjalanan pada awal pagi.  Mereka akan memasang lampu depan ketika memandu dan apabila hari sudah mula cerah, maka mereka boleh terlupa untuk menutup lampu mereka.  Hal ini tidak akan menjadi masalah bagi kereta yang sudah dilengkapi dengan penggera.  Kesulitan yang anda akan hadapi ialah ketika menyedari bateri anda ‘kong’ ketika selepas waktu kerja.  Caj yang tinggi biasanya dikenakan kepada pemandu kerana kos penghantaran pada waktu puncak dan operasi yang dijalankan pada waktu selepas waktu pejabat.


Masalah servis kereta
Kekangan waktu bekerja dan perjalanan yang jauh ke Kuala Lumpur hanya memberi pilihan pada pengguna untuk servis kenderaan mereka pada hari minggu.  Jika hujung minggu tersebut dipenuhi dengan rancangan lain, maka mereka terpaksa menganjakkan tempoh untuk servis kereta pada hari minggu berikutnya.  Hal ini akan mengakibatkan  ‘mileage’ kenderaan sudah melepasi tahap yang sepatutnya untuk diservis. Pengguna haruslah bijak menguruskan masa dan membuat tempahan awal untuk servis.  Pengguna-pengguna yang menghantar kenderaan untuk servis tetapi terlepas ‘due date’ adalah perkara biasa.

Cara Penyelesaian terbaik untuk mengelak masalah-masalah tersebut berlaku adalah dengan menggunakan servis E-hailing seperti Grab. Namun ia tidak begitu effektif bagi pengguna yang berulang dari Klang ke Kuala Lumpur atau tempat-tempat yang sama jauh jaraknya. Jika dilihat dari segi kos, kos khidmat boleh mencecah RM50 satu perjalanan. Hal itu merupakan antara punca mengapa masih ramai yang memandu sendiri ke kuala Lumpur.

Berdasarkan masalah diatas, 3 orang pemuda mengambil inisiatif untuk memberi solusi yang memudahkan warga lembah klang. Mereka menjalinkan kerja sama secara strategik bagi memastikan masalah pengguna dapat diselesaikan secara efisyen.


JOMPARKING
Tahukah anda, anda tidak perlu lagi membeli tiket atau membayar di mesin jika menggunakan parkir dibawah pengawasan DBKL?  Ya… anda hanya perlu muat turun aplikasi JomParking dan membayar parkir melalui aplikasi tersebut. Segala pembayaran dan daftar kereta dapat dibuat dalam kurang daripada 5 minit.

Anda cuma perlu tambah nilai kredit dan daftar nombor kenderaan. Mudah bukan? Buat masa ini aplikasi JomParking boleh digunakan di semua parkir milik DBKL dan beberapa Majlis Perbandaran di Semenanjung Malaysia dan Sabah. Klik disini untuk muat turun aplikasi


BATERIKU.COM

bateriku.com

Masalah Bateri Kereta? Bukan berdekatan bengkel? Lepas waktu kerja atau malam? Anda tidak perlu risau lagi. Bateriku.com menyediakan servis penghantaran,  diagnos dan pemasangan percuma ke lokasi anda.  Jika bukan masalah bateri tiada caj akan dikenakan. Dengan membawa 2 jenama bateri terkenal, bateriku.com memastikan kualiti bateri yang dijual adalah terbaik disamping harga yang sangat berpatutan.  Waranti sehingga 18 bulan dan jaringan lokasi servis waranti hampir di seluruh semenanjung adalah diantara mengapa ramai pelanggan disekitar lembah Klang memilih bateriku.com. Klik di sini untuk muat turun aplikasi.

SERV.MY
Penat duduk di bengkel sepanjang hari? Harga sentiasa bertambah dan mahal?  SERV.MY menyediakan khidmat servis kenderaan di lokasi anda. Ia sesuai untuk golongan pengguna yang tidak berkesempatan untuk membuat servis tukar minyak enjin dan pemeriksaan lain.  Servis kereta boleh dilakukan di parkir pejabat anda atau di rumah.  Ini dapat memberikan anda lebih masa yang lebih berkualiti pada hari minggu.  Dengan servis asas (minyak enjin, oil filter dan beberapa alat ganti yang lain) dan 22 check point, servis SERV.my  adalah setanding dengan bengkel yang sedia ada. Peralatan mereka lengkap walaupun dalam unit Mobile ( bengkel bergerak). Klik sini untuk muat turun aplikasi.


RAKAN STRATERGIK
Memandangkan ke tiga-tiga syarikat ini memberi fokus kepada servis dalam bidang automotif, mereka memutuskan bahawa sudah tiba masanya untuk bekerjasama untuk memberikan servis yang menyeluruh kepada pelanggan.  Pengguna kereta kini boleh mendapatkan servis secara mobil pada skala yang lebih luas melalui gandingan ini.

By | 2018-05-02T09:12:48+00:00 April 30th, 2018|Categories: 1300222324, At location, Bateri kong, Car battery delivery, Free deliver check install, Harga murah, Masalah bateri, Masalah Parkir, Masalah Servis, Tiada caj tersembunyi|Comments Off on 3 PERKARA ANDA PERLU TAHU TENTANG MASALAH PEMANDUAN KERETA DI KUALA LUMPUR