TIADA LAGI TRANSAKSI TUNAI SELEPAS 2020. SUDAHKAH KITA BERSEDIA?

/, e-wallet, Kad Kredit/ debit, No husstle, Powering Green Solutions/TIADA LAGI TRANSAKSI TUNAI SELEPAS 2020. SUDAHKAH KITA BERSEDIA?

TIADA LAGI TRANSAKSI TUNAI SELEPAS 2020. SUDAHKAH KITA BERSEDIA?

Umum kita tahu. Sejak 2015  syarikat-syarikat  ‘E-Wallet’ tumbuh bak cendawan.

Syarikat gergasi seperti Touch & Go juga tidak berkecuali bersaing merebut tempat dan di sektor perbankan pula sibuk mempromosi  system QR code yang mungkin mengantikan sistem Kad credit. Ya.. kita dalam era ‘reformasi’ system pembayaran/perbankan digital atau ‘Cashless’ payment. Abg Asid yakin kalau Kita tak bersedia, lagi-lagi macam abang ni Gen Y memang jadi satu masalah besar.

Sumber: https://www.123rf.com/

Abang Asid yakin ia akan jadi masalah besar sebab perkara ini sudah berlaku ye. member Abang ‘Cabin Crew’ singgah Night stop di China utk satu malam. Kebetulan dia sudah lama tak bermalam di China ketika bertugas. Macam biasa kalua lepas kerja kat tempat orang benda pertama kita nak buat mesti ler keluar makan.

Malam tu mereka memilih untuk makan di restoran biasa je (Bajet ketat sebab kerja pun dengan airline bajet 😊 ). Selesai makan member abang dengan confident je bagi isyarat tangan jangan keluar wallet. Mentang-mentang semua cabin crew perempuan. Kena pulak dia senior mesti tak boleh jatuh air muka. Keluar lah duit Yuan berkepok.

Sumber: https://en.wikipedia.org/wiki/Tiananmen_Square

Waiter kedai makan tu bila tengok member keluar cash terus gelak gila-gila. “No cash no cash” kata waiter tu.  Aik? Member abang ingat dia xde duit pecah. Dengan rasa perit dalam hati. Member abang pun bagi tahu “keep the change”. Waiter terus mengatakan tidak mahu tunai. Terus keluarkan kad QR code. Ali pay? We chat pay?  Ah sudah…, member abang dah pening. Bila masa pulak dia nak cari atau download ali pay dengan we chat pay. Download dan register we chat pay bukannya mudah. Hahhaha masak la kau bang. Eksyen sangat nak belanja kodok (awek). Kebetulan adalah hamba Allah dari Malaysia masuk ke restoran tu nak makan. Terus member abang tegur minta tolong/ nasihat. Terus dia offer untuk bayarkan guna ali pay.

Sumber: http://en.baophutho.vn/others/201709/why-china-cant-get-enough-of-qr-codes-389

Member cuma bagi cash kat dia. Dia juga ada nasihat. Kat China ni dah 85 % transaksi guna QR code atau E-Wallet. Dah takde orang bawak cash. Kalau kat bandar-bandar besar kat China tak de Ali chat & we chat pay memang minum  air paip la korang 😊.  Untuk menyokong lagi statement brother yang ‘rescue’ member abang tu.  Mereka pun berjalan di pasar malam (macam uptown) yang berada berdekatan dengan restoran tadi.  Sepanjang 1 KM berjalan dalam pasar tu, tak de satu barang pun yang member abang beli. Bukan sebab mahal, x cantik tapi semua kat situ dah gantung siap-siap kat payung pasar card QR code Ali pay & We Chat Pay. Hahahaha… baru ada akal. Ah So (makcik) jual jagung pun tak terima cash. Rasa macam keluar Gua member abang Asid.

Sumber: https://asia.nikkei.com/Politics/China-caps-store-mobile-payments-at-80

Berbalik kepada lambakan E-Wallet dan payment gateway di Malaysia, menurut kata-kata pakar ekonomi kedai kopi dan juga media social. (Maaf abang asid tak sempat nak refer pakar yang betul)

Malaysia dalam process bersaing dan revolusi ekonomi.  pembekal servis E-Wallet sedang bersaing untuk bertahan dan menjadi ‘Champion’ dalam memberikan servis ‘Cashless’ kepada pengguna. Siapa yang memberikan servis terbaik, kurang masalah downtime pasti akan dapat bertahan dan menjadi pilihan pengguna. Dalam sektor runcit ramai sudah mula bertukar menggunakan QR code Atau E-wallet. Contoh di GM Klang hampir semua peniaga2 disana menerima pembayaran menggunakan Touch & Go. GM bang GM. Belum Pavillion  lagi.

Sumber: https://kkgroup.my/news/touch-n-go-ewallet-payment-accepted-at-all-kk-super-mart-nationwide

Tempat abang asid kerja sekarang ni  (Bateriku.com) pun tengah sibuk nak tukar proses operasi kami nak jadi Cashless juga bak hang. Nama ada.com kat belakang tapi masih accept cash.  Harap adik2 semua get ready ye. Malaysia nak go Cashless dah. Nanti jadi macam insiden member abang kat China memang kena ejek dik oii.

2019-01-11T17:31:40+00:0011th January 2019|Categories: Bateriku.com, e-wallet, Kad Kredit/ debit, No husstle, Powering Green Solutions|0 Comments

BATERIKU.COM | HANTAR . PERIKSA . PASANG > PERCUMA

Masalah Bateri Kereta? BATERIKU.COM Hantar | Periksa | Pasang PERCUMA. #DapatkanKepastian Hubungi 1-300-22-2324 atau Whatsapp: 012-938 8621, 011-5675 6728 dan 011-5675 6729 atau muat turun App di Google Play dan Appstore sekarang!

BATERIKU.COM | FREE > DELIVER . CHECK . INSTALL

Car Battery Problem? BATERIKU.COM FREE Deliver | Check | Install.  #GetSecondOpinion #BateriKong Call 1-300-22-2324 or Whatsapp 012-938 8621, 011-5675 6728 and 011-5675 6729 or download App at Google Play and AppStore now!