WARNA NYA MANJA TAPI ISI PADU, OREN, TAPI POWER!

/, #DapatkanKepastian, Bateri jenama, Bateriku.com, Masalah bateri, Power Zone/WARNA NYA MANJA TAPI ISI PADU, OREN, TAPI POWER!

WARNA NYA MANJA TAPI ISI PADU, OREN, TAPI POWER!

Lambakan jenama bateri kereta dipasaran sekarang buat abang tertanya-tanya.  Pandaikah pengguna semua hendak pilih jenama yang mana baik dan yang mana tidak?  Kalau ikutkan sebelum ini, abang kerja dalam industri bateri kereta ini.  Abang pilih yang murah sahaja – Cost effective. Bukan selalu tukar pun.  Rata-rata orang fikir macam itu.  Tapi sebenarnya kalau kita rekodkan tarikh bila kita beli betul-betul , baru sebenarnya kita boleh rangka atau nilai berapa duit kita keluar dan berbaloikah harga dan brand bateri yang kita beli itu.

Di Malaysia purata hayat bateri (pembelian lepas jualan) adalah 1.5 tahun.  Ada juga yang boleh diguna lebih dari 3 tahun.  Dari pengalaman abang bersama pelanggan.  Ada pelanggan yang guna bateri genap-genap 1 tahun. B anyak faktor sebenarnya, ini termasuk faktor iklim, haba dari enjin, kedai jual stok lama dan kualiti bateri itu sendiri.

Sumber: Bateriku.com

Sebut pasal kualiti, di Malaysia ini pasaran bateri tidaklah besar macam diluar negara.  Anggaran pengeluaran bateri adalah 400,000 biji sebulan. Kalau lihat di kedai, macam-macam jenama bateri ada. Nama macam robot Voltron (kartun 80’an) pun ada.

Tapi anda tahu tak? Kebanyakan brand di Malaysia ini datang dari kilang yang sama.  Berkenaan ini abang tidak boleh hendah reveal lebih-lebih nanti kena pulak abang.  Ada beberapa jenama bateri yang abang boleh suggest untuk Malaysia ini yang berkualiti, dan sesuai dengan iklim kita.

Sumber: Bateriku.com Melaka

Tapi hari ini abang nak fokus satu (1) brand yang baru masuk di pasaran sini.  Bateri Made in India. Bateri ini  special sikit. Untuk pengetahun semua, Power Zone ini adalah adik kepada Amaron.  Ia datang dari kilang yang sama yang mengeluarkan bateri Amaron iaitu Amara Raja PTD.

Memandangkan Amaron tergolong dalam kategori bateri high end. Pihak Amara Raja melengkapkan slot pasaran bateri  spefisikasi normal untuk memberi pilhan kepada pengguna.  Abang risik – risik spesifikasinya guna tester – Not bad. Setanding bateri – bateri berjenama di pasaran.

Abang jangka Power Zone ni boleh bertanding di pasaran dalam negara dalam masa terdekat ini.  Harganya pun murah, casing tebal, (sama tebal dengan Amaron), spesifikasi voltage dan CCAnya pun boleh tahan. Yang lebih special setelah 3 tahun dipasaran India, Amara Raja membuat keputusan untuk mengeksport bateri ini dan memilih Malaysia sebagai market pertama mereka.  Satu lagi di India warantinya 18 bulan. Di Malaysia, Amara Raja belum berani lagi hendak beri 18 bulan. Takut Pengguna Malaysia guna secara GSR (Gasak Sampai Rosak), agaknya.

Sumber: www.powerzoneindia.com

One Comment

  1. Mohamad 24/01/2019 at 05:49

    Nice colour. For walk-in customer as I understand. Syabas Bateriku.com

Leave A Comment

BATERIKU.COM | HANTAR . PERIKSA . PASANG > PERCUMA

Masalah Bateri Kereta? BATERIKU.COM Hantar | Periksa | Pasang PERCUMA. #DapatkanKepastian

Hubungi 1-300-22-2324 atau Whatsapp: 012-938 8621, 011-5675 6728 dan 011-5675 6729 atau muat turun App di Google Play dan Appstore sekarang!

BATERIKU.COM | FREE > DELIVER . CHECK . INSTALL

Car Battery Problem? BATERIKU.COM FREE Deliver | Check | Install.  #GetSecondOpinion #BateriKong

Call 1-300-22-2324 or Whatsapp 012-938 8621, 011-5675 6728 and 011-5675 6729 or download App at Google Play and AppStore now!