Guna Alasan Bateri Kereta Habis!

//Guna Alasan Bateri Kereta Habis!

Guna Alasan Bateri Kereta Habis!

Manusia zaman sekarang memang susah hendak percaya.  orang-orang macam inilah yang buatkan kita jadi was-was hendak hulurkan bantuan pada mereka yang betul-betul dalam kesusahan.  Harap lepas ini korang semua tidak buntu dengan pasangan ini sebab mereka dah terang-terang menipu, gunakan  alasan yang sama untuk ‘pow’ duit orang lain.

Menurut pengalaman pengguna Twitter ini, suaminya sudah ‘terkena’ sebanyak dua kali sebelum ini. Muka yang sama dengan alasan yang sama dan agenda yang sama.

Sumber: Twitter

“Dua orang ini dari last year lagi dah pernah nampak dia orang tahan orang dan minta duit.”

“Kalau hendak kata masih tersekat tidak logiklah, sebab kali pertama suami dia kena tahun lepas. Takkanlah berkampung di Petronas itu lagi kot.”

“Dia daripada Kuala Selangor, hendak balik Kuala Selangor tetapi batteri kereta habis.  Minta RM200 hendak tukar batteri kereta”

“Nasib baiklah suami dia tidak bagi RM 200 bulat-bulat dekat dia, kalau tak sia-sia sahaja kena tipu. Itu cerita tahun lepas.  Tahun ini pun dia gunakan cara yang sama.”

“Memandangkan mereka berdua ini sudah terkena perkara yang sama, memang satu sen pun dia tak bagi. Itulah banyak sangat menipu orang, sampai lupa siapa yang dia sudah tipu tu.”

Antara Komen Pengguna Twitter

Nak report pada pihak Petronas, dan ini respon mereka:

Bukan itu sahaja, ada pelanggan lain yang pernah kena siap bagi RM400 lagi kepada mereka!  Katanya, sebelum ini sudah buat laporan tetapi mereka muncul balik.

Ada pelanggan pernah terbagi RM400!

Alahai! Sebenarnya cerita mereka ini sudah viral, tapi mereka ini macam tidak makan saman. Nadira Azwa pernah terkena dengan mereka, siap sound setepek tapi…

“Aku terus saja cakap, eh kes kau ini macam sudah virallah. Terus dia pergi tanpa bersalah”

“Aku pun sudah pernah terkena. Tengah isi minyak, dia datang cakap pasal kereta rosak. Aku terus saja cakap, eh kes engkau ini macam dah viral lah. Terus dia pergi tanpa bersalah. Sihat-sihat pun malas hendak mampus cari duit”

Itulah, sihat tubuh badan tetapi hendak cari duit dengan cara jalan pintas, apalah dapat kalau hendak menganiaya orang. Sesiapa yang tinggal kawasan Setia Alam atau mereka yang ada singgah di tempat ini nanti mohon hati-hatilah.

Kredit: gengjoyah.com

2019-01-29T05:03:35+00:0017th January 2019|Categories: Guna Alasan Bateri Kereta Habis|1 Comment

One Comment

  1. Mohamad 24/01/2019 at 05:07

    Beware of them. Keep their picture on your mobile phone. If you sight them, immediate report to police.

Leave A Comment

BATERIKU.COM | HANTAR . PERIKSA . PASANG > PERCUMA

Masalah Bateri Kereta? BATERIKU.COM Hantar | Periksa | Pasang PERCUMA. #DapatkanKepastian

Hubungi 1-300-22-2324 atau Whatsapp: 012-938 8621, 011-5675 6728 dan 011-5675 6729 atau muat turun App di Google Play dan Appstore sekarang!

BATERIKU.COM | FREE > DELIVER . CHECK . INSTALL

Car Battery Problem? BATERIKU.COM FREE Deliver | Check | Install.  #GetSecondOpinion #BateriKong

Call 1-300-22-2324 or Whatsapp 012-938 8621, 011-5675 6728 and 011-5675 6729 or download App at Google Play and AppStore now!