Kereta Buat Hal! Bateri Kong/Alternator/Starter?

//Kereta Buat Hal! Bateri Kong/Alternator/Starter?

Kereta Buat Hal! Bateri Kong/Alternator/Starter?

Ini adalah rutin hari minggu tahun 2019. Mommy dan daddy akan siapkan anak ke sekolah seawal 6 pagi. Mommy siapkan baju dan sarapan pagi, daddy siapkan anak-anak. Adam dan Anis pergi sekolah naik van, manakala daddy pergi kerja. Tinggal lah mommy dan Amal di rumah.

Mommy akan hantar Amal pergi mengaji Iqra pukul 10 pagi. Dalam pukul 10.30 pagi mommy dah mula bertukang kat dapur. 11.30 pagi Adam balik dan terus pergi mengaji Iqra. Pukul 12 tengahari mommy hantar Amal naik van sekolah depan rumah. Walaupun hanya depan rumah, mommy nak kena bersiap elok juga. Panas pula tu. Tak hantar nanti Amal berdrama tak nak pergi sekolah pula.

Balik dari mengaji Adam bersiap dan makan tengahari. Pukul 12.30 tengahari Adam naik van, Anis turun van. Giliran Anis pula makan tengahari. Hmm macam mana la situasi apabila dah ada adik baby nanti.

Dari pagi hari, mommy daddy dah kena berzikir panggil nama setiap seorang untuk bersiap. Kalau tak, tak bergerak. Riuh rendah wei.

Seterusnya pukul 5 petang Anis pergi mengaji Iqra. Amal balik lebih kurang 5.20 petang. Adam pula sampai 7 malam.

Daddy akan sampai rumah sebelum pukul 8 malam untuk hantar Adam pergi tuisyen. Cuma malam ni Adam balik 9.20 malam untuk tuisyen ganti sempena perayaan Ponggal.

Begitu lah aktiviti setiap hari Isnin sehingga Khamis. Tiba-tiba daddy masuk semula ke rumah.

“Mana Adam?”
“Mana ada ambil Adam lagi. Kereta tak boleh start”.
“Laa apa masalah? Bateri kong?”
“Tak tahu lah.”
“Last kita tukar bateri kereta Jun 2017 kan?”, kuat pula ingatan mommy pasal kereta. Teringat lah kes hari tu. Mommy ingat kereta tak boleh start kat McD sebab bateri kong la.

Kali ni kereta tak boleh hidup depan rumah. Mujur lah tuisyen dalam taman sahaja. DaddyG jalan kaki ambil Adam.

Ikutkan pada tarikh akhir tukar bateri adalah setahun setengah yang lalu. DaddyG guna bateri kereta:- Century, RM200.00 Waranti: 12 bulan/25000km

Waranti bateri pun dah habis. Kemungkinan besar adalah masalah bateri kong. Hurm masa tu dah 9.30 malam. Kedai kereta semua dah tutup. Sementara daddyG ambil Adam, mommy di rumah hubungi bateriku.com

Sebelum ni dah 2x kami tukar bateri kereta dengan bateriku.com. Sekali dekat Shah Alam, kami walk in terus ke HQ Bateriku.com. Kali kedua pula masa daddyG tengah ada urusan dekat Setia Alam. Masa nak balik tu, kereta tak boleh hidup.

Pengalaman kereta tak boleh hidup ni buat mommy ada memori kuat dengan bateriku.com. Bukan mommy saja, daddy pon sama. Tapi, daddy akan kata “You contact bateriku.com”. Arghhh mommy jugak!

Alhamdulillah, ada dealer bateriku.com dekat kawasan rumah mommy ni. Esoknya Amal ada temujanji dekat Hospital Shah Alam. Mommy harap sangat la masalah kereta dapat selesai malam tu juga. Customer service bateriku.com kata boleh datang pukul 11 malam.

Daddy godek-godek juga kereta, tak jadi apa. Ada masa sejam lagi. Kami tunggu ja la dalam rumah.

Kereta tak boleh hidup, apa masalah?

Beberapa minit nak pukul 11 malam, orang bateriku.com sampai.

1. Periksa keadaan bateri kereta
Bateri kereta masih elok. Jadi bukan masalah bateri kong kereta taknak hidup.

Periksa keadaan bateri kereta

2. Bateri kereta ditukar dengan bateri baru
Untuk memastikan bukan bateri kong punca kereta tak hidup, bateri kereta ditukar dengan bateri kereta baru. Kereta masih tak boleh hidup.

#baterikong ke?

3. Bertanyakan kita sama ada nak tukar bateri atau tidak
DaddyG decide untuk tak tukar bateri. Belum masa lagi nak tukar bateri kereta. Nak kena repair kereta ntah berapa pula habis.

Sabar sahaja orang bateriku.com melayan kami. Bateri kereta elok lagi. Kemudian beliau minta izin pulang.

Oh tahu tak? Kalau kereta tak boleh hidup, alternator tak boleh diperiksa.

Haa apa masalah kereta sebenarnya?
Aduh panjangnya cerita hari ini. Masa ni pon dah 11.30 malam. Penat. Mengantuk. Nak tahu apa jadi seterusnya?

Mommy panggil jiran sebelah, tanya lah mekanik yang dia selalu hubungi. Kami tunggu pula abang pomen datang. Rupanya masalah starter.

Jadi kereta tak boleh hidup mungkin disebabkan;-
1.Baterikong
2.Alternator
3.Starter

Takut kena ketuk dengan pomen
Esoknya, mommy postpone temujanji dengan doktor pakar Hospital Shah Alam. Pagi tu sedang daddyG godek kereta dia, jiran lalu. Jiran lah tolong ketuk-ketuk starter sehingga hidup. Sementara nak tunggu kedai buka, daddyG matikan enjin dahulu

Ketuk-ketuk starter | Cara tradisional hidupkan enjin kereta

Sebelum nak keluar, 15 minit juga la daddyG ketuk-ketuk starter sehingga enjin kereta hidup dan bawa kereta ke kedai yang dia selalu servis kereta. Takut kena “ketuk”, baik lah pergi dekat orang yang kita dah biasa.

Starter Saga BLM

Starter dah tukar baru. Maka daddyG kena get ready untuk tukar bateri kereta pada bila-bila masa juga. Senang, tukar sahaja dengan bateriku.com. Tambahan pula bateriku.com dah ada aplikasi sendiri.

Aplikasi bateriku.com
Bateriku.com tak terkecuali seiring dengan teknologi. Ada aplikasi sendiri. Wah dah 50 ribu download. Mommy juga la yang ketinggalan ni. Hehehe. Better late than never ya!

Jom muat turun / download sekarang di Google Playstore atau Apple Apps Store.

Kereta ada untuk kemudahan harian. Nak tak nak kena jaga baik-baik dan maintain elok-elok. Dan yang pasti kita tak kena “ketuk” dengan orang yang suka ambil kesempatan.

Sumber: www.irrayyan.com

2019-02-19T07:46:56+00:0019th February 2019|Categories: Uncategorized|0 Comments

Leave A Comment

BATERIKU.COM | HANTAR . PERIKSA . PASANG > PERCUMA

Masalah Bateri Kereta? BATERIKU.COM Hantar | Periksa | Pasang PERCUMA. #DapatkanKepastian Hubungi 1-300-22-2324 atau Whatsapp: 012-938 8621, 011-5675 6728 dan 011-5675 6729 atau muat turun App di Google Play dan Appstore sekarang!

BATERIKU.COM | FREE > DELIVER . CHECK . INSTALL

Car Battery Problem? BATERIKU.COM FREE Deliver | Check | Install.  #GetSecondOpinion #BateriKong Call 1-300-22-2324 or Whatsapp 012-938 8621, 011-5675 6728 and 011-5675 6729 or download App at Google Play and AppStore now!