Cara-Cara Jumper Bateri Kereta Dengan Betul & Selamat

/, Jangan Panik, Masalah bateri, Panduan berhemah/Cara-Cara Jumper Bateri Kereta Dengan Betul & Selamat

Cara-Cara Jumper Bateri Kereta Dengan Betul & Selamat

SEDIA maklum, Proton sudah menafikan dakwaan jumper bateri pada kereta keluarannya akan menyebabkan kerosakkan pada pada Unit Kawalan Transmisi (TCU).

Dalam satu kenyataan dikeluarkan sebelum ini, Proton menegaskan kesemua model kenderaannya boleh melakukan jumper tanpa mendatangkan sebarang masalah.

Walau bagaimana, Proton turut menasihati pemilik Proton supaya merujuk buku panduan sekiranya mempunyai sebarang kemusykilan.

Berikut Proton sediakan cara-cara untuk melakukan jumper bateri dengan betul dan selamat;

1. Kenderaan mestilah dirapatkan supaya kabel ‘jumper‟ boleh disambungkan, tetapi pastikan kenderaan tidak menyentuh satu sama lain.

2. Kenderaan yang membantu mestilah mempunyai bateri 12-volt dan keupayaan (Ah) bateri tidak boleh lebih rendah berbanding bateri yang ingin dibantu. Sekiranya anda masih degil, ia akan menyebabkan kerosakan litar pintas pada kedua-dua kenderaan.

3. Gunakan kabel jumper dengan pengapit bateri berpenebat.

4. Kenderaan mestilah berada dalam keadaan “P” (PARK) untuk transmisi automatik dan “N” (NEUTRAL) untuk transmisi manual.

5. Jangan sambungkan positif (+) kabel ke negatif (-) terminal dan sebaliknya kerana ia boleh menyebabkan bateri meletup.

6. Sambungkan kabel pada terminal (+) bateri dari kereta yang membantu kepada terminal (+) bateri kereta terjejas. Akan tetapi, terminal (-) dari kereta yang membantu mesti disambungkan ke badan kereta yang terjejas, dan BUKAN di terminal (-).

7. Setelah enjin berjaya dihidupkan, biarkan enjin hidup untuk beberapa minit.

8. Buka sambungan kabel mengikut urutan terbalik.

Untuk itu, abaikan gambar penyebaran palsu berkenaan dan sebarkan kepada rakan-rakan cara jumper bateri dengan betul.

SUMBER: pandulaju.com.my

2019-03-01T09:15:54+00:001st March 2019|Categories: Bateri kong, Jangan Panik, Masalah bateri, Panduan berhemah|0 Comments

Leave A Comment

BATERIKU.COM | HANTAR . PERIKSA . PASANG > PERCUMA

Masalah Bateri Kereta? BATERIKU.COM Hantar | Periksa | Pasang PERCUMA. #DapatkanKepastian Hubungi 1-300-22-2324 atau Whatsapp: 012-938 8621, 011-5675 6728 dan 011-5675 6729 atau muat turun App di Google Play dan Appstore sekarang!

BATERIKU.COM | FREE > DELIVER . CHECK . INSTALL

Car Battery Problem? BATERIKU.COM FREE Deliver | Check | Install.  #GetSecondOpinion #BateriKong Call 1-300-22-2324 or Whatsapp 012-938 8621, 011-5675 6728 and 011-5675 6729 or download App at Google Play and AppStore now!